Utama Cinta & Perhubungan Siti Hawa Ajak Laki Kahwin Macam Gengster, Rupanya Ramai Lagi Kongsi Benda...

Siti Hawa Ajak Laki Kahwin Macam Gengster, Rupanya Ramai Lagi Kongsi Benda Sama

Di zaman serba moden ini, ramai yang berusaha untuk mencari jodoh terbaik apabila sudah bersedia untuk berkahwin. Kini, golongan wanita semakin berani untuk memulakan langkah ‘memikat’ lelaki yang menjadi pujaan hatinya. Di samping itu juga, istilah ‘perigi cari timba’ yang sering digunakan sebelum ini tidak lagi menjadi penghalang untuk mereka berbuat demikian.

BACA : Tak Suka Merajuk Orangnya, Ini 9 Sebab Kenapa Beruntung Kahwini Si Anak Bongsu

Gambar Sekadar Hiasan

I tanya Faiz nak kahwin tak? Ajak kahwin pun gengster

Begitulah yang dilakukan oleh seorang ahli farmasi terkenal iaitu Siti Hawa apabila dia mengaku ‘mengajak’ suaminya, Faiz Farhan untuk berkahwin menerusi perkongsian di Instagram. Menurut kapsyen yang ditulis, wanita berusia 28 tahun sempat ‘mengugut’ akan nekad mengakhiri hubungan mereka jika suaminya itu enggan mengikat tali perkahwinan.

Biarlah orang nak kata perigi cari timba

Jelas Siti Hawa lagi, dia tidak kisah sekiranya masih ada masyarakat yang meletakkan stigma ‘perigi cari timba’ kerana usaha itu adalah lebih penting. Hal ini kerana dia berpendapat bahawa hanya membuang masa saja menunggu diri untuk ‘disunting’.

Advertisement




Sama macam I dengan suami, I yang add FB dia. Kalau tak..

Pengakuan beraninya itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para netizen lalu membanjiri ruang komen di IG miliknya. Tidak kurang juga, netizen berkongsi perkara yang sama apabila mereka berbuat demikian ketika melamar suami masing-masing.

Sumber : IG Siti Hawa

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement