Utama Hiburan Hairul Banding Respon Kawan VS Isteri Bila Motor Rosak, Hanis Pula Masuk...

Hairul Banding Respon Kawan VS Isteri Bila Motor Rosak, Hanis Pula Masuk Komen

Mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2015 lalu, kehidupan Hairul Azreen serta Hanis Zalikha dilihat semakin bahagia tambahan pula mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Daripada mengemas rumah sehingga anak-anak dan kucing kesayangan, gelagat seisi keluarga ini seringkali mendapat tumpuan penuh netizen. Baru-baru ini juga, ragam berbalas komen antara suami isteri tersebut di sebuah posting Instagram sekali lagi menghiburkan ramai.

BACA : [VIDEO] Bila Yusuf Menyampuk Cakap Orang Tua, Lihat Teguran Halus Hanis Zalikha

Tag kawan korang yang sentiasa ada bila kita susah

Sekitar semalam, Hairul telah memuat naik sebuah komik ringkas tentang situasi motosikal yang mengalami kerosakan. Kisah pendek itu membandingkan respon orang perempuan VS lelaki sekiranya menerima panggilan tentang situasi berkenaan. Tidak ketinggalan, dia sempat tagged kelima-lima kawannya lain yang berkaitan dengan komik ini.




Lu kat mana? Gua datang sekarang

Pastinya situasi ini pernah dialami sendiri oleh lelaki-lelaki di luar sana kan? Meskipun sekadar perkongsian pendek dan pelakon aksi itu sempat meminta pengikutnya menghargai pertolongan daripada rakan, namun kelibat Hanis Zalikha yang  muncul dalam ruang komen nampaknya menjadi tumpuan netizen. 

Kasi ketuk sikit Hanis…Amik kau

Persis seperti dialog yang dikatakan oleh watak sahabat dalam komik itu, nampaknya dia menitipkan komen paling ‘win‘ sehingga mendapat 2000 kali tanda suka. Rata-rata netizen begitu terhibur dengan respon yang diberikan si isteri kepada suaminya itu.

Sumber : Instagram Hairul Azreen




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI