Artis Hiburan Keibubapaan

[VIDEO] Dilema Kehilangan Isteri & Anak, Babak Air Mata Ayah Mariam Cetus Sebak

Walaupun baru 4 episod telah ditayangkan, drama ‘Camelia’ nyata mempunyai penangan tersendiri apabila sering menjadi trending di laman sosial. Selain dibarisi pelakon hebat seperti Datin Diana Danielle, Ain Edruce, Saharul Ridzwan, Lisdawati dan ramai lagi, plot cerita yang menggambarkan realiti konflik hidup sesebuah keluarga ini sememangnya tak putus-putus mendebarkan kesemua peminatnya.

BACA: [VIDEO] Sanggup Tipu Dah Terlanjur, Babak Marina Dihalau Ibu Cetus Geram Ramai

Marina fitnah bapa sendiri ‘haruan makan anak’

Setelah rapat dengan Dr Azman dan Puan Aina, Marina tergamak menggunakan alasan bahawa bapanya sering melakukan sumbang mahram semata-mata untuk meraih simpati mereka. Tohmahan itu nampaknya diketahui sendiri oleh kakak dan ibu saudaranya apabila berjaya menemui Marina setelah sekian lama dia menghilangkan diri. Walau bagaimanapun, mereka memilih untuk merahsiakan perkara tersebut kerana bimbang akan mengguris hati ibu bapa Mariam.

Advertisement

Advertisement
View this post on Instagram

EPISOD 4 MALAM INI #CAMELIA Jangan lupa saksikan drama bersiri Camelia di slot Samarinda pada jam 10 malam ini hanya di @tv3malaysia @dramasangat Camelia | 15 Episod | Isnin – Khamis | 10 Malam | @tv3malaysia Director : @eoonshuhaini Penerbit : @hasnizanordin Terbitan : @saphirescreen Penulis Skrip : @azlinapawan @dianadanielleb @saharulridzwan @ainedruce @hafidz.roshdi @lisdawati15 @zarinazainuddin_ @ainina_ahmad_b @rockingbalqis @qistinaraisah08 @redwanadha_izwandy #cameliatv3 #CameliaTV3 #tv3malaysia #saphirescreenproduction #SaphireScreen #behindthescenes #samarinda #dramasangat #jeritanmaryampesonacamelia

A post shared by Saphire Screen Sdn.Bhd (@saphirescreen) on

Advertisement

Gugurnya air mata ayah…pemergian isteri tercinta

Namun siapa sangka, rahsia tersebut memakan diri mereka apabila tahap kesihatan Zainab (ibu Marina dan Mariam) kian merosot. Menurut bapanya, keadaan itu mungkin berpunca akibat rindu tak tertanggung terhadap Marina memandangkan dia langsung tidak pernah mendengar khabar berita tentangnya. Walau bagaimanapun, Zainab telah menghembuskan nafas terakhir di kamarnya sekaligus meruntun hati si suami yang sering menyayanginya selama ini.

Advertisement

Sedih tengok bapa Mariam menangis…teringat dekat ayah sendiri

Ternyata babak yang menyayat hati berikut telah mengusik jiwa dan emosi setiap penonton. Di samping memuji bakat lakonan yang dibawa oleh watak bapa Mariam, ada juga netizen menyatakan bahawa paras wajahnya seakan-akan sama dengan bapa mereka sendiri. Dalam pada itu, mereka turut terinspirasi dengan beberapa bait dialog yang ‘makan dalam’ menerusi episod malam tadi.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG dramasangat, saphirescreen & YouTube TV3MALAYSIA Official

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram