Meskipun baru masuk episod ketiganya pada minggu ini, drama terbaru di slot Samarinda yang bertajuk Camelia ini telah menjadi trending sekitar malam tadi. Berkisar tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak-peranda akibat daripada perangai anak-anak yang sering berbalah antara satu sama lain, plot drama ini sememangnya meraih perhatian ramai apabila mengetengahkan realiti masyarakat daripada genre cinta seperti cerita klise lain.
BACA:Â [VIDEO] Terlalu Dengki Pada Kakak Sendiri, Penonton Luah Geram Dengan ‘Marina’
Kenapa kau nak sibuk hal aku?
Susulan insiden memukul kepala abang angkatnya, Marina tetap berkeras untuk menamatkan riwayatnya sebelum rahsia berkenaan terbongkar kepada ahli keluarga lain. Malah dia juga menganggap Malik sebagai beban apabila seringkali ditugaskan menjaga kebajikan pemuda itu sewaktu ibu bapanya keluar bekerja. Bagaimanapun, watak diterajui oleh Ain Edruce itu akhirnya nekad untuk lari ke Kuala Lumpur apabila Malik yang asalnya lumpuh sudah boleh berbicara semula.
Sanggup tipu nak kahwin…jadi anak & cucu derhaka
Gara-gara itu, Marina menipu seluruh ahli keluarganya bahawa dia dan Leman telah ‘terlanjur’ sebagai alasan untuk segera bernikah sekali gus keluar dari rumah kampung tersebut. Walau bagaimanapun, kenyataan berkenaan juga telah mengejutkan neneknya iaitu Tok Su hingga dia tidak bernyawa lagi. Tak cukup dengan itu, dia diusir keluar oleh ibunya (Zainab) setelah membuat pengakuan bahawa semua alasan itu palsu belaka.
Nak kahwin pun sanggup menipu. Tengok apa kau dah buat kat tok Marina.. pic.twitter.com/iKUf8M4yRl
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) January 22, 2020
Tak kesian langsung family lepas tok meninggal. Marina oh Marina.. pic.twitter.com/4UarlfQPlW
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) January 22, 2020
Gila betul watak Marina ni…takut pula tengok ibu dia menyumpah
Susulan babak yang sangat meruntun hati itu, para netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati atas tindakan Marina yang hanya mementingkan diri sendiri di segenap ruangan media sosial. Malahan, rata-rata mereka terkesan dengan babak Zainab yang sudah tidak menganggap gadis itu sebagai anaknya lagi. Di samping itu, pujian turut diberikan kepada semua watak yang terlibat dalam menjayakan adegan terbabit.
Sumber: IG ainedruce, dramasangat & YouTube TV3MALAYSIA Official