Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

23rd January 2020
in Viral
Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak anak dilahirkan ke dunia ini, setiap ibu bapa sudah menyimpan harapan semoga mereka membesar menjadi insan yang baik. Bukan sahaja perlu menunjukkan tauladan positif supaya anak-anak memiliki peribadi murni, malahan ibu bapa juga bertanggungjawab memberikan dorongan sepenuhnya kepada cita-cita mereka semua. Namun berbeza bagi angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muzaphar apabila dia sudah menetapkan profesion yang mahu direalisasikan oleh anaknya kelak.

BACA : Pernah Gagal Exam 18 Kali, Pemuda Tetap Semangat Kejar Cita-Cita Jadi Peguam

Saya impikan keempat-empat anak dapat jadi doktor

Menerusi posting terbaru yang dikongsikan oleh beliau di Instagram, ia memaparkan gelagat anak kembarnya iaitu Noah dan juga Adam. Menariknya, kedua-dua anak kecil itu lengkap menggunakan stetoskop dan sedang bermain dengan gaya ala-ala doktor perubatan. Di kapsyen, Datuk Dr Sheikh Muzaphar sendiri sempat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah menyimpan hasrat agar semua anaknya dapat menjadi doktor suatu hari nanti. 

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan

Bagi merealisasikan hasratnya, beliau sendiri menjalankan usaha bagi menyuntik minat dalam diri anak-anaknya. Tidak sekadar menyediakan alat permainan berkaitan perkakas doktor, malahan beliau membawa semua anak ke tempat kerja bagi mendedahkan suasana kerjaya sebenar agar minat itu dapat disemai dari sekarang.

Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

Akhirnya semua berbalik pada kemahuan mereka

Melihat ke ruangan komen, ada yang mempersoalkan tentang hasratnya yang dilihat merancang masa depan anaknya tanpa perbincangan. Namun jelasnya, beliau hanya mahu memberikan dorongan terbaik agar mereka berada pada laluan yang betul. Andai kata mereka berubah hati dan mempunyai cita-cita lain kelak, beliau selaku bapa akan menerima pilihan itu seadanya.

Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’ Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

 

Sumber : Instagram Dr Sheikh Muzaphar 

Tags: anak kembarcita-citadoktordr sheikh muszapharmendedahkan
Next Post
Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

[VIDEO] Marina Sanggup Fitnah Ayah Depan Mata, Kelibat Camelia Pula Cetus Seram

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)