Utama Artis "Buat Hal Lagi" - Jadi Bapa Tiri Versi K-Pop, Andi Bernadee...

[VIDEO] “Buat Hal Lagi” – Jadi Bapa Tiri Versi K-Pop, Andi Bernadee Bikin Lucu

Sekarang ini, semakin ramai artis yang berani mendedahkan sisi lucu dalam diri masing-masing. Buktinya, seorang penyanyi yang semakin popular dengan lagu ‘Donde’ ini kerap berkongsi video berunsur komedi di laman Instagramnya. Jika sebelum ini, dia banyak memuat naik video monolog sebagai teman lelaki kepada ‘bebiii‘, namun lain pula telatahnya kali ini. Menerusi posting terbaharunya, dia sekali lagi telah mencuri tumpuan dengan sketsa bersahaja yang turut menampilkan watak sebagai bapa tiri.  

BACA: Dipuji Gara2 Bawa Lagu Melayu, Han-Byul Dibandingkan Dengan Penyanyi Asal?

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan penyanyi yang pernah menyertai rancangan Big Stage ini melakonkan tiga watak iaitu seorang ibu, anak dan seorang bapa tiri. Menariknya lagi, mimik muka dan dialog spontannya begitu ‘catchy’ dan menghiburkan. 

View this post on Instagram

Kudisyapso




A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on

“Pelat ada daddy baru.. Helok!!”

Bukan sahaja membawakan tiga watak yang berbeza tetapi gaya dan penampilannya yang berubah-ubah dalam video itu menjadikannya lebih ‘real‘. Menurut sketsa tersebut, dia kononnya ingin memperkenalkan bapa baru kepada anaknya. Paling tak tahan, bapa tiri tersebut kononnya lelaki dari negara Korea. 

Cakap bahasa korea, ‘Kudisyapso’




Bukan itu sahaja, percubaan Andi untuk bertutur bahasa Korea telah menggeletek hati penonton. Biarpun apa yang diperkatakan itu tidak tepat, tetapi lagak confident pelakon ini menjadikan sketsa tersebut lebih menarik. 

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi oleh netizen. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat penyanyi ini sehingga video tersebut telah mendapat 170 ribu views dan lebih 65 ribu likes setakat ini. 

Aku macam nak tampor je




Tak boleh tahan time cakap ‘helok’ tu

Sumber: IG Andi Bernadee

Artikel Popular