Utama Hiburan Dipuji Gara2 Bawa Lagu Melayu, Han-Byul Dibandingkan Dengan Penyanyi Asal?

Dipuji Gara2 Bawa Lagu Melayu, Han-Byul Dibandingkan Dengan Penyanyi Asal?

Konsert minggu kedua Big Stage telah berlangsung semalam menyaksikan 12 penyanyi muda bersaing secara sengit untuk mengekalkan tempat ke minggu seterusnya. Membawakan tema lagu-lagu rancak, penyanyi Syeryl Syazwani telah diumumkan menjadi peserta yang pertama tersingkir semalam. Pelbagai kemeriahan yang dirasakan tetapi paling mencuri tumpuan adalah persembahan memukau daripada Han-Byul yang mendapat Standing Ovation daripada juri.

BACA: Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark Adam

Pada konsert semalam, peserta kelahiran Korea itu telah menyanyikan lagu berbahasa Melayu bertajuk ‘Vroom Vroom’ nyanyian asal oleh Nabila Razali. Nyanyian tersebut telah mendapat pujian daripada juri malah mendahului carta dengan markah sebanyak 89.33 peratus. 

Awak sangat selesa di atas pentas. Bahasa melayu yang bagus – Datuk Syafinaz

Juri jemputan Datuk Syafinaz turut memberikan komen yang positif kepada persembahan Han-Byul. Beliau berkata penyanyi itu telah menyanyikan lagu popular tersebut dengan begitu baik. Tambahan lagi, penyanyi Korea itu begitu selesa dan profesional di atas pentas. Biarpun menyanyi lagu berbahasa Melayu tetapi ‘pronouncation‘ Han-Byul juga tidak kedengaran janggal dan pelat. 




Aku lebih suka version ni

Persembahan bertenaga itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter. Rata-ratanya terhibur dengan persembahan Han-Byul, malah mereka juga lebih menyukai lagu tersebut dengan versi nyanyiannya dibandingkan dengan versi asal. 

Han-Byul adalah contoh yang terbaik

Netizen turut memuji cara penyampaian Han-Byul yang begitu bersungguh-sungguh menyanyikan lagu tersebut. Sekaligus, menolak stigma masyarakat tentang kemampuan artis Korea itu.

Sumber: IG bigstageofficial, Youtube Budiey & Twitter panda




Artikel Popular