Viral

[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol

[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol
Rasaflix

Sharing is caring!

Setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan masing-masing dari pelbagai sudut. Namun antara yang paling menarik untuk didengari adalah melibatkan adat serta budaya dalam perkahwinan setiap bangsa. Bagi orang Melayu yang tinggal di selatan tanah air, mereka tidak ketinggalan mempunyai sebuah budaya ‘mengutip tol’ khas untuk pengantin lelaki sewaktu hari persandingan. Kedengaran sangat unik, namun itulah yang banyak dilakukan oleh mereka sehingga kini.


BACA : Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Nak kahwin dengan orang Johor? Persiapkan kad anda

Terbaru juga, sebuah majlis perkahwinan di Johor telah menjadi viral selepas video mereka mengutip tol menjadi tular di media sosial. Jika diperhatikan dalam rakaman berdurasi seminit lebih berkenaan, pengantin lelaki yang sudah tiba di perkarangan rumah dilarang masuk untuk bertemu mempelai perempuan. Semuanya gara-gara dia perlu melepasi 3 buah tol iaitu Kulai, Machap dan juga Pagoh terlebih dahulu.

Bayaran tol sekadar memeriahkan acara

Selepas cuba berbincang secara elok dan menghulurkan bayaran kepada ahli keluarga yang menjaga Tol Kulai, akhirnya rombongan tersebut dibenarkan masuk untuk melepasi penghadang seterusnya pula. Bukan sahaja kecoh dengan gelak tawa ramai tetamu, malahan acara itu seakan-akan dimeriahkan lagi dengan paluan kompang. 


[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol [VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol

Sampul tak perlu isi banyak…RM1 pun dah memadai

Ternyata detik itu berjaya menarik perhatian netizen sehingga mereka membanjiri ruangan komen. Namun kata mereka lagi, nilai duit yang terkandung dalam sampul itu tidak menjadi ukuran. Apa yang penting, ia merupakan budaya biasa masyarakat Johor untuk mewarnai hari bahagia orang tersayang mereka.


[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol [VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol

Sumber : Twitter Tengkiu Qie dan Viral Media Johor

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Adat Meriah Wedding Di Johor, Pengantin Lelaki Pening Kena Bayar 3 Tol

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram