Artis Hiburan Viral

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Sharing is caring!

Setelah bertahun-tahun lamanya membawa diri daripada industri hiburan Korea Selatan sejak menarik diri daripada rancangan ‘Running Man’, kemunculan semula Kang Gary sememangya dinantikan oleh peminat dari seantero dunia. Tahun ini, gelagat lucu penyanyi rap itu bersama anak lelakinya, Kang Haoh bakal menghiburkan ramai selaku selebriti terbaru dalam program realiti ‘The Return Of Superman‘.

BACA: [FOTO] Sekian Lama Berahsia, Kang Gary Julung Kali Dedah Wajah Isteri Tercinta

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Wajah cantik isteri Gary didedahkan

Siapa sangka, gerangan wajah dan identiti wanita yang berjaya menambat hati Kang Gary juga pertama kali didedahkan dalam rancangan ini. Menerusi sedutan klip video oleh KBS Entertain, selebriti berusia 42 tahun itu menjelaskan bahawa dia tidak pernah menyesal untuk berehat panjang dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ahli keluarga.

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Anak minat dekat jurukamera wanita…siap tawar makanan

Baru-baru ini, gelagat Kang Haoh hangat diperkatakan apabila meminati salah seorang krew produksi rancangan terbabit. Semuanya bermula apabila si cilik tersebut didapati ralit memerhatikan seseorang dari meja makan. Dengan tidak semena-mena, dia pergi ke arah seorang jurukamera wanita dan menghulurkan sebiji kuih sebagai tanda perkenalan. Apa yang menariknya, Kang Haoh juga mempamerkan wajah tersipu malu sebelum akhirnya mengaku bahawa dia memang sukakan gadis tersebut.

Perangai anak & bapak sama je…suka try orang 

Sambil memerhatikan gelagat anaknya, Kang Gary juga sempat berseloroh bahawa hubungan antara mereka berdua tidak boleh diteruskan. Babak spontan yang sangat comel dan sweet itu nyata telah membuatkan ramai terhibur. Menerusi laman Twitter, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si kecil itu selain menyifatkan dia mewarisi sikap Kang Gary yang suka mengusik perempuan sebelum ini.

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Sumber: Twitter abang_mello 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Siap Offer Makanan, Gelagat Anak Kang Gary Syok Jurukamera Wanita Comel Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram