Viral

Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun
Rasaflix

Sharing is caring!

Saat seseorang itu sudah memiliki kerjaya serta ekonomi diri yang stabil, ia menjadi masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Namun begitu, segala perancangan juga berbalik kepada situasi semasa yang sememangnya tidak boleh dijangka. Mungkin itu penerangan paling tepat untuk menggambarkan situasi seorang penyampai radio terkenal iaitu Radin ketika ini. Saat sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga, dia pula mendapat satu berita sedih.


BACA : [VIDEO] Suami Isteri Buat TikTok Sweet, Netizen Pula Yang Rasa Nak Kahwin Cepat

Radin sering dikaitkan dengan selebriti wanita

Menginjak ke usia 30 tahun, ternyata ia merupakan detik yang sangat sesuai untuk Radin membina keluarga sendiri. Menjalinkan percintaan dengan seorang wanita bernama Azlina Idris, pendedahan tersebut pernah mencuri perhatian netizen sekitar hujung tahun lalu. Mana tidaknya, dirinya sebelum ini sering sahaja dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa selebriti perempuan. 

Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Buah hati rupanya seorang pramugari anggun

Tapi dalam diam, siapa menyangka kekosongan hati jejaka tersebut rupanya sudah terisi dengan kehadiran wanita berusia 29 tahun itu. Azlina juga mempunyai kerjaya sebagai seorang pramugari bagi sebuah syarikat penerbangan dan sekali lihat, keanggunannya memang sedap mata memandang.


Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Nak bahagiakan ibu terlebih dahulu

Meskipun teruja untuk menamatkan zaman bujang, namun hasrat murni itu rela ditangguhkan terlebih dahulu kerana Radin mahu mengutamakan ibunya yang kini sedang mengalami masalah kesihatan. Menurut laporan daripada Berita Harian, kondisi ibunya memang semakin merosot dan sebab itulah dia mahu membahagiakan syurganya terlebih dahulu.


Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Sumber : Portal Berita Harian 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Kenangkan Ibu Tak Sihat, Radin Rela Tangguh Perkahwinan Dengan Pramugari Anggun

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram