Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

5th January 2020
in Cinta & Perhubungan
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
628
SHARES
3.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam kehidupan seorang lelaki, hanya terdapat 3 waktu sahaja degup jantungnya akan menjadi sangat laju. Pertama adalah sewaktu berkhatan di kala usia kanak-kanak. Manakala baki lagi dua adalah sewaktu akad nikah dan moment isteri melahirkan anak sulung. Meskipun ada yang berjaya mengharungi hari pernikahan dengan tenang serta penuh keyakinan, ada juga yang berasa teramat sebak seperti dilalui oleh seorang pengantin baru-baru ini.

BACA: “Sini La Mak..” – Ragam Murid Pimpin Ibu Bapa Buta Di Sekolah Baru Undang Sebak

Tak expect member ‘banjir’ macam tu sekali..

Menurut pengguna Twitter bernama @azreeloqman ini, dia bersama rakan-rakan lain tidak menyangka bahawa akan menyaksikan babak air mata di hari pernikahan pemuda bernama Muhammad Haziq ini. Menerusi beberapa foto yang sempat dirakam oleh AzFaezi Suhil pada 26 Disember lalu, pihak pengantin lelaki dilihat gagal menahan rasa sebak sebelum dinikahkan dengan bakal isteri di Bachok, Kelantan sekali gus turut menyentuh perasaan ramai netizen.

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Bila salam Tok Kadi…saya tiba-tiba rasa ‘sesuatu’

Sewaktu dihubungi pihak Erin Sakura, pemuda berusia 24 tahun ini memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah bersiap sedia menghadapi ‘detik keramat’ itu sejak beberapa hari sebelumnya lagi. Namun tidak semena-mena, segala perasaan bercampur-baur dalam dirinya tatkala berhadapan dengan Tok Kadi serta seluruh ahli keluarga. Ia turut ditambah dengan ujian berat yang ditempuhi kedua-dua mereka sepanjang tempoh pertunangan.

Masa mula-mula dapat skrip lafaz jawab akad tu, saya dah bersedia. Malam sebelum tu siap boleh main game lagi. Tapi waktu salam Tok Kadi, tiba-tiba je saya macam dapat rasakan ‘sesuatu’. saya percaya perasaan ini turut dilalui oleh semua orang yang telah bergelar ‘suami’. Sebab kita perlu menggalas tanggungjawab yang berat, tapi dalam masa sama manis untuk dirasakan.

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Walaupun masa tu dah sebak, mujurlah saya dapat tahan lagi tangisan tu sbb nak kejar target ‘sekali lafaz je’. Alhamdulillah hasrat itu tercapai dan kami terus diraikan sebagai suami isteri. Sebenarnya perasaan sebak tu mungkin datang lepas kami mengharungi dugaan tunang setahun yang amat berat. Ada beberapa orang yang pernah berniat jahat ganggu hubungan kami. Paling teruk, ada juga sampai mendoakan kawasan nikah bakal banjir pada tarikh tersebut. Tapi syukurlah semuanya berjalan dengan lancar & selamat.

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Amanah yang para suami pikul ibarat perjanjian dengan Allah

Jelas guru di institusi swasta ini lagi, dia turut syukur kerana dikurniakan peneman hidup yang amat tabah dan memohon doa agar perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah. Dalam pada itu, Muhammad Haziq turut menitipkan pesanan berguna kepada bakal pengantin di luar sana yang mungkin turut menempuhi ujian sama seperti mereka berdua.

Sesungguhnya isteri adalah amanah yang para suami pikul, dan boleh diibaratkan macam perjanjian terhadap Allah S.W.T. Tempoh bertunang adalah proses untuk mengenali partner dan keluarga kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu, kita mesti mula belajar terima kekurangan calon suami atau isteri tu, bukannya lepas dah kahwin baru nak belajar semua tu. Kalau salah sorang ditimpa masalah, kena terus support sebab itulah penguat antara satu sama lain. Dan yang penting sekali adalah sentiasa jaga hubungan dengan Allah sebab kena ingat, kita ni baru bertunang. Tiada sebarang ikatan sah selagi belum tiba masanya.

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Sumber: Twitter azreeloqman

Tags: air mataakadberderaigugurlelakinangisnikahpengantinSebaktunangUJIAN

Related Posts

Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
Artis

“Selalu Dapat Karakter Jahat” – Idzham Lega Watak ‘Ikram’ Tarik Perhatian Orang

30th March 2023
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah
Artis

“Comel Sangat Rasa Nak Gigit” – Imam Shah Goyang Berlakon Dengan Hannah Delisha

27th March 2023
Next Post
Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Suami Isteri Sering Bergaduh & Hampir Berpisah, Puncanya 'Lagha' Malas Solat

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)