Inspirasi Viral

“Sini La Mak..” – Ragam Murid Pimpin Ibu Bapa Buta Di Sekolah Baru Undang Sebak

Sharing is caring!

Menjelang tahun baru 2020 yang tinggal cuma sehari lagi, pihak sekolah dan tenaga pengajar di seluruh negara sedang rancak melakukan persiapan sempena sesi persekolahan nanti. Malahan, ada beberapa pihak sekolah turut menjemput murid-murid bakal tahun satu serta ibu bapa masing-masing untuk melawat kawasan bilik darjah dan sekitar sekolah menerusi inisiatif program orientasi pada minggu ini.

BACA: Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Jatuh air mata tengok anak kecil pimpin mak ayah tak dapat lihat

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang guru bernama Nadwa Nasir ini, perasaannya bagaimanapun tersentuh tatkala melihat ragam seorang murid perempuan sewaktu orientasi yang berlangsung di sekolahnya siang tadi. Siapa sangka, anak kecil ini mempunyai jiwa yang sangat mulia dan pandai berdikari apabila membantu ibu bapanya yang mempunyai masalah penglihatan menyelesaikan proses pendaftaran.

“Mak sini la kantin…ni padang sekolah”

Menurut wanita itu lagi, murid berkenaan juga sempat memimpin ibu bapanya untuk meninjau kelas dan kawasan perkarangan sekolah selepas sesi tersebut berakhir. Lebih menyayat hati, dia teruja menunjuk kawasan-kawasan itu meskipun daya penglihatan mereka tidak mampu menyaksikan sebarang perkara. Di hujung coretan ringkasnya, cikgu Nadwa turut menganggap kejadian yang istimewa itu sebagai pemangkin semangat untuk bertugas sebagai pendidik pada 2020 nanti.

Gambar sekadar hiasan

Allahuakbar…semoga anak solehah ini berjaya dalam pelajaran, hidup & akhirat

Perkongsian penuh bermakna itu sekali gus menjadi tukar di laman Facebook dan telah meraih lebih 5 ribu perkongsian setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut terinspirasi dengan sifat cekal yang dimiliki oleh murid tersebut. Mereka turut menitipkan doa agar dia berjaya suatu hari nanti seterusnya berbakti kepada ibu bapa tercinta sehingga ke akhir nyawa mereka.

Sumber: FB Nadwa Nasir

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Advertisement

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram