Utama Cinta & Perhubungan "U Nak Kahwin Lagi Tak? Aku Buat Keras Je"- Kisah Suami Isteri...

“U Nak Kahwin Lagi Tak? Aku Buat Keras Je”- Kisah Suami Isteri Ini Sweet Habis

Pelbagai asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Bila dah menjadi suami isteri, tentu banyak sekali moment indah yang tidak dapat dilupakan. Kata orang, semakin hari semakin sayang! Begitulah agaknya perasaan yang menyelubungi seorang lelaki yang bernama Mohammad Zainul Syafiq terhadap isterinya Siti Maisarah apabila dia telah berkongsikan beberapa kenangan manis bersama wanita itu di Twitter miliknya baru-baru ini.

BACA: Saya Dalam Pantang Uruskan Semua. Suami.. Luahan Isteri Ini Undang Geram!

Menurut perkongsiannya di Twitter, dia telah mengenali si isteri selama lebih beberapa bulan sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga pada 1 September 2017. Ternyata, banyak sekali bibit-bibit percintaan mereka sebelum dan selepas kahwin sehinggalah dikurniakan cahaya mata.




Kenal melalui Instagram

Menyorot kronologi, dia telah mengenali isterinya daripada Instagram melalui seorang rakan. Sejak daripada itulah mereka sering berbalas mesej di laman sosial tersebut sehinggalah hubungan yang sekadar kenalan melekat sampai ke jinjang pelamin. 

Keistimewaan Sara di mata Zafieq

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu beberapa ciri yang membuatkannya jatuh cinta dengan wanita berusia 23 tahun itu. Menurutnya, Sara bukan sahaja cantik tetapi merupakan seorang wanita yang menjunjung perintah agama. Biarpun begitu, isterinya itu sebenarnya orang yang pandai bergurau. 

Hiburkan isteri

Tambahnya, jika dia dapat memutarkan waktu, dia hanya ingin menjadi yang terbaik buat wanita berkenaan. Bahkan, itulah caranya melayani dan menghargai orang-orang yang tersayang. Misalnya, dia akan kerap berjenaka dengan si isteri untuk membuatnya gelak tawa. 




Mengakhiri thread, dia meluahkan rasa sayangnya buat wanita terbabit. Ternyata, perkongsian lelaki ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga mendapat lebih 7 ribu retweets dan 9 ribu likes setakat ini. 

Sumber: Twitter izafieqzaidi




Artikel Popular