Utama Viral Viral Budak Terkurung Dalam Tandas Panggil Ayah, Bersilat Buka Pintu!

[VIDEO] Viral Budak Terkurung Dalam Tandas Panggil Ayah, Bersilat Buka Pintu!

Siapa pernah ada pengalaman terperangkap dalam suatu tempat yang sunyi dan sempit? Tentu pelbagai perasaan bercampur baur, lagi-lagi kalau perkara itu terjadi kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Shasheckler_ yang berkongsi paparan situasi bila mana ada seorang budak terperangkap dalam tandas baru-baru ini.

BACA: Adik Minta Ampun Budak Kejutkan WhatsApp Keluarga Gara2 Tersilap Eja Baby

Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak lelaki ini dilihat sedang berusaha untuk melepaskan diri. Pelbagai cara yang dilakukan termasuklah menendang pintu tersebut selama beberapa kali. Dalam kegigihannya mencuba membuka pintu yang terkunci itu, tak semena-mena ada sesuatu yang melucukan telah berlaku. 




“Ayah, tak boleh buka siol

Difahamkan, perkara itu adalah perbuatan yang disengajakan untuk mengusik kanak-kanak lelaki tersebut dari luar pintu tandas. Mungkin bagi budak seusia itu, mereka akan menangis tetapi tidak bagi anak kecil ini kerana perbualan dia bersama si ayah terlihat begitu menarik. Mana tidaknya, pada minit ke 0:48 saat, budak seusia itu boleh bercakap dengan ayah sendiri seperti orang dewasa. Perkara itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga video tersebut mencecah lebih 290 ribu views dan lebih 29 ribu retweets setakat ini. 

“Kalau aku masa kecil dah melalak”

Cute & kelakar”

Sumber: Twitter Shasheckler_




Artikel Popular