“Saya Dalam Pantang Uruskan Semua. Suami..” – Luahan Isteri Ini Undang Geram!

Hidup berumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan perkahwinan mereka berkekalan sampai ke akhir hayat. Tanpa rasa tanggungjawab, rumah tangga tidak akan bahagia. Begitulah situasi yang dapat diungkapkan apabila membaca perkongsian yang dibuat baru-baru ini oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Kak Mira mengenai seorang isteri ini.

BACA: Nak Pakai Duit Isteri Perlu Minta Izin Ini Hak Yang Perlu Suami Ketahui

Dalam perkongsian tersebut, pengguna Twitter ini telah memuat naik screenshot daripada seorang isteri yang terpaksa meminjam duit daripadanya akibat suami yang tidak bertanggungjawab. Lebih teruk lagi, isteri itu juga difahamkan sedang berada dalam tempoh berpantang tetapi terpaksa terkongtang-kanting melakukan kerja rumah bersendirian.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Saya uruskan semua meski dalam pantang

Jika ditinjau daripada kiriman foto tersebut, isteri ini telah meluahkan nasibnya mengenai si suami yang tidak memberikannya nafkah. Menurutnya lagi, lelaki itu telah dibuang kerja namun sampai sekarang masih belum berusaha untuk mencari pekerjaan baru sebaliknya hanya melepak di luar dengan rakan-rakan. Perkara itu membuatkannya terpaksa meminjam duit untuk keperluan bayi yang baru dilahirkan. 

Advertisement

“Mohon bantu saya, kak”

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Di bahagian kapsyen, pemilik Twitter ini nampak bersimpati dengan keadaan seorang ibu yang dirahsiakan identitinya. Selain itu, dia berharap netizen di laman sesawang berkenaan dapat sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh isteri yang naif ini. Posting berikut ternyata telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya berasa simpati dengan nasib isteri berkenaan. 

Sumber: Twitter Kak Mira

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement