Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

8th August 2019
in Cinta & Perhubungan, Inspirasi
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Takdir Tuhan siapalah yang dapat menduga. Di hari sepatutnya lelaki bernama En Faizul ini meraih cahaya mata ketiga dalam rumah tangganya telah bertukar menjadi satu hari yang sangat suram tatkala dia juga kehilangan suri hatinya. Malah setiap kali merindukan kedua-dua insan tersebut, lelaki berusia 32 tahun ini selalu membuat coretan khas di laman Facebook seperti paparan komennya yang tular di sebuah post mengenai tips cuci uri anak baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] “Rasa Macam Syurga” – Zulin Sebak Lawat Rumah Perlindungan Kanak-Kanak

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Yang ke-3 tanam sekali dengan uri…anak & wife dalam 1 liang lahad

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Sewaktu dihubungi pihak Erin Sakura, lelaki ini pada awalnya tidak menyangka komen tersebut mendapat perhatian ribuan orang. Isterinya yang bernama Noorizzati telah pergi ke rahmatullah gara-gara kompIikasi high bIood pressure sewaktu melahirkan cahaya mata bongsunya pada awal Ramadhan tahun lepas. Dedahnya, wanita itu juga pernah mengalami masalah yang sama dalam 2 kelahiran sebelum ini.

“Untuk pengetahuan, anak pertama dan kedua saya masih lagi hidup. Yang dah meninggaI masa tu hanya isteri dan anak bongsu sahaja. Dulu masa lahirkan Danial (anak pertama) dan Syafiqah (anak kedua) dia selalu juga check in hospitaI sebab masalah yang sama tapi yang terakhir ni tinggi sangat. Doktor juga luahkan risau pasal ni.”

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Malah pemandu peribadi ini turut meluahkan rasa sayu apabila mengenangkan 5 sikap serta kata-kata isterinya sebelum itu, seolah-olah petanda bahawa dia akan pergi buat selamanya.

3 bulan sebelum tu dia pernah luahkan risau kepada saya, “Yang, saya ni mengandung tapi ada peluang 50-50 je. Andai kata anak ni tak selamat, jangan terlampau sedih dan jaga saya baik-baik. Tapi kalau saya pula yang ‘pergi’, tolong jaga anak baik-baik dan semadikan saya dekat kampung (di Bera). Saya pula balas dengan doa yang baik-baik saja sebab kalau boleh kedua-dua mereka dalam keadaan yang baik saja.”

“Selain tu, saya juga nampak yang keterujaan dia untuk belikan keperluan baby kurang sikit daripada anak-anak sebelum ni. Katanya takut membazir, jadi dia suruh saya belikan pampers 1 plastik je dulu. 2 hari sebelum kejadian tu pula saya nampak mukanya sangat berseri macam kami mula-mula nikah dulu walaupun dia hanya duduk di hospitaI tanpa sebarang makeup.”

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Tapi apa yang meruntunkan jiwanya adalah detik terakhir isterinya dapat luangkan bersama seisi keluarga. 

“Tapi malam terakhir paling sebak. Dia suruh kami 3 beranak pusing balik ke hospitaI dengan pakaian yang paling cantik dan guna wangian yang dia suka. Masa jumpa tu, dia sempat berpesan pada anak-anak saya agar jaga adik beradik dan temankan ayah. Kemudian dia memeluk saya kuat pula depan anak-anak sambil titipkan pesanan agar tolong jagakan mereka. Dia juga ingatkan saya agar jangan jadi garang, tapi jadilah ayah yang tegas. Itulah dakapan yang paling kuat pernah saya rasa, macam takkan jumpa lagi selepas ni..”

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Konon mahu snap gambar yang kami tengah sahur masa dia sedang nazak

Akhirnya Faizul dan seisi keluarga mereka selamat menguruskan isterinya dan disemadikan bersama anak mereka yang sudah meninggaI dalam perut lagi pada 17 Mei 2018. Walaupun di awal kehilangan mereka sedih dengan kehilangan ini, namun kini dia sudah menerima hakikat dan dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun anak-anaknya kini menetap bersama adik iparnya kerana kekangan waktu kerjanya buat masa ini.

“3 bulan pertama merupakan fasa yang amat berat sampai anak-anak demam sebab terlalu rindu dengan ibu mereka. Tapi sekarang mereka dah okay dan lebih suka bermain di kawasan pusaranya. Saya juga selalu berpesan kepada mereka kalau rindu, datanglah cakap dengan mama dekat sini” 

Moment hari ke-5 Danial & Syafiqah di pusara mama mereka..

https://www.youtube.com/watch?v=l21i-JI9lwA&feature=youtu.be

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar jangan pernah mengabaikan permintaan atau keperluan isteri semasa hamil walaupun ada kalanya perkara itu kedengaran merepek. Selain itu, perasaan mereka perlu sentiasa diambil berat agar tidak mempengaruhi kandungan juga. “Kita tak tahu mungkin itu kali terakhir dapat bermanja dengan isteri. Jadi jagalah mereka baik-baik.”

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Sumber: FB Mrpapa Apiq Piqa

Tags: anakhintibumengandungSebaksuamiviral

Related Posts

“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Artis

“Selalu Dapat Karakter Jahat” – Idzham Lega Watak ‘Ikram’ Tarik Perhatian Orang

30th March 2023
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Next Post
“Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

"Kalau Hati Dia Berubah.."- Sebak Pesanan ShakiIIa Pada Diri Jika Ditakdirkan..

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)