Utama Cinta & Perhubungan "Kalau Hati Dia Berubah.."- Sebak Pesanan ShakiIIa Pada Diri Jika Ditakdirkan..

“Kalau Hati Dia Berubah..”- Sebak Pesanan ShakiIIa Pada Diri Jika Ditakdirkan..

Perkahwinan akan jadi lebih indah jika suami dan isteri saling melengkapi dan menerima satu sama lain seadanya. Malah, jalinan kasih sayang itu akan bertambah kuat apabila lahirnya zuriat sebagai tanda cinta mereka. Begitulah yang dirasai pas4ngan selebriti ini, ShakiIla Khoriri dan Fizi Ali. Melalui Instagram, kebahagiaan antara mereka jelas terpancar dalam setiap gambar yang dikongsikan. 

BACA: 1st Date Di HospitaI, Siapa Sangka 2 Survivor Barah Kini Sah Jadi Suami Isteri!

Pada Mac lalu, lahirlah puteri sulung pertama mereka yang diberi nama Ameena Sofia selepas setahun bergelar suami isteri. Terbaru, ShakiIla ada berkongsi satu foto lama dirinya bersama Fizi Ali ketika mereka baru bercinta pada tahun 2014 dengan kapsyen panjang berkaitan perhubungan suami isteri.

Walaupun sedang diulit bahagia, namun ShakiIla Khoriri juga wanita biasa seperti para isteri di luar sana yang ada memikirkan sebarang kemungkinan pahit yang boleh berlaku dalam rumahtangga.




Masa bercinta semua manis

ShakiIla akui daripada sudut matanya, Fizi Ali kelihatan seperti seorang yang ‘giIa-giIa’ dari awal perkenalan sehinggalah saat ini, namun dia tahu ada satu sisi lain peribadi lelaki itu yang membuatkan ShakiIla terpikat. 

Bila hati seseorang tu berubah.. jangan sedih

Menyifatkan perkahwinan itu akan jauh lebih indah daripada zaman bercinta jika kena pada caranya, ShakiIla turut memberi nasihat tentang apa yang perlu dilakukan jika salah seorang suami atau isteri itu berubah hati dalam perhubungan mereka. Pada ShakiIla, tiada salahnya jika seseorang itu bersedih dan meratapi ujian sebegini tetapi dia haruslah kuat memulakan hidup baru selepas itu dan sentiasalah beringat pasti ada hikmah sebalik apa yang telah ditetapkan Tuhan. 




Kehidupan terlalu singkat untuk tangisi keperitan hati

Kapsyen panjang itu juga ditulis buat dirinya sebagai pesanan dan nasihat jika ditakdirkan dia menghadapi ujian seperti itu satu hari nanti. 

Kapsyen yang buat saya tersentuh

Melalui Instagram, ShakiIla sememangnya gemar mencoretkan kapsyen panjang berkaitan kehidupan dan juga perhubungan suami isteri. Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pujian dengan hasil penulisan ShakilIa yang pandai menyusun kata dalam setiap postingnya selama ini. Malah, penulisan ShakilIa juga dikatakan sering meresap ke dalam jiwa mereka setiap kali membacanya. 

Suka tengok cara awak susun ayat awak dalam setiap posting 

Sumber: IG shakilIakhoriri




Artikel Popular