Utama Artis Menghitung Hari Bahagia, Ain Edruce Titip 'Pantang Larang' Buat Bakal Suami

Menghitung Hari Bahagia, Ain Edruce Titip ‘Pantang Larang’ Buat Bakal Suami

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan pelakon, Ain Edruce? Bukan sahaja cantik, malah dia juga terkenal dengan dengan lawaknya yang bersahaja dan ‘gila-gila’. Pada Jun 2019, Ain Edruce telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz. Dijangka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat, pelakon ini ada memuat naik status terbaharu di Instagram miliknya kepada bakal suami.

BACA: [FOTO] Tahniah! Tema Melayu Klasik, Syazwan Zulkifli & Syawalriah Sah Bertunang

Dalam kemaskini tersebut, Ain telah berkongsi beberapa keping gambar sewaktu pertunangannya beserta ucapan buat bakal suami sempena perkahwinannya yang bakal tiba Disember nanti. Tulisnya, dia mahu cinta hatinya itu benar-benar mengenali dia sebelum mereka mendirikan rumah tangga. 




Aku jenis perempuan simple.. cuma ada sikit-sikit benda je tak suka

Dia memberitahu tunangnya bahawa dia merupakan seorang wanita yang sederhana tetapi ada beberapa perkara kecil yang tidak disukai olehnya. Nak tahu sikit atau tak, bacalah senarai yang dimuat naik oleh pengacara Hurr TV ini!“Simple kan? Harap awak dah kenal saya”

Perkara ‘kecil’ itu telah menimbulkan kelucuan kerana jika kita membaca keseluruhan kapsyen, ternyata banyak juga pantang larang yang diberikan oleh pelakon tinggi lampai ini. Entah mahu berseloroh atau sebaliknya, tetapi dia berharap bakal tunangnya itu lebih memahami dia selepas ini. 




Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan pendedahan dibuat oleh Ain. Selain berseloroh di ruangan komen, mereka juga mendoakan couple ini dipermudahkan urusan perkahwinan. 

“Geng tak suka makan sayur”

“Good luck Amirul”

Sumber: Instagram Ain Edruce

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI