Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi peluang kepada masyarakat untuk membeli secara dalam talian. Namun tanpa disangka di sebalik kerancakan trend tersebut, ada pihak yang terpaksa bekerja keras bagi memastikan barangan sampai ke tangan pembeli.
BACA:Â [FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar’Face Mask’ Sebagai Cenderahati
Viral video pekerja sibuk asingkan guni..
Malah baru-baru ini, tular di media sosial apabila video asal yang diperolehi dari seorang wanita bernama Adella Mohd Noor telah dikongsi oleh ramai orang termasuk di laman Twitter. Menerusi video berdurasi 12 saat itu, jelas memperlihatkan keadaan sebenar lambakan guni dan parcel yang perlu diasingkan oleh para staf di Hub Pos Laju KLIA.
https://twitter.com/kaymanbeaustore/status/1255432216148152321
Kena hadap lebih 600 ribu sehari masa PKP..
Susulan itu, Pos Malaysia Berhad melalui laman Twitter tampil menyatakan bahawa pihaknya kini terpaksa berhadapan dengan lebih 600 ribu jumlah parcel saban hari. Malah mereka turut tidak terkecuali daripada mematuhi garis panduan PKP. Justeru, syarikat perkhidmatan penghantaran itu memohon kerjasama semua orang agar memahami situasi semasa mereka.
Kalau macam ini, sampai lambat pun tak apa..
Posting maklum balas tersebut telah meraih lebih 10 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen sempat meluahkan rasa simpati terhadap nasib para pekerja yang terpaksa berhempas pulas terutama dalam bulan Ramadan ini.
Sumber: Facebook Adella Mohd Noor & Twitter @pos4you