Cinta & Perhubungan Inspirasi Viral

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

Sharing is caring!

Memandangkan ribuan nyawa di seluruh dunia telah melayang sejak hujung tahun lepas, wabak baru koronavirus terus disifatkan sebagai ‘mimpi ngeri’ yang melanda global setakat ini. Malah tanpa sebarang persiapan dan ilmu yang rapi daripada COVID-19, dikhuatiri kita juga boleh menjadi sasaran seterusnya. Atas dasar itu, sepasang pengantin baru dari Kampung Tebing Tinggi, Kubang Krian baru-baru ini dilihat telah menghadiri majlis perkahwinan mereka sambil memakai topeng muka.

BACA: Jepun Siap Puji Melambung, Inilah Isu Korona Di Malaysia Yang Ramai Tak Alert

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

Beri topeng muka sebagai cenderahati majlis

Memetik portal Berita Harian Online, mempelai yang bernama Farkhan Mohamad dan Nur Tasnim menyatakan bahawa mereka terlintas idea mengedarkan topeng muka kepada tetamu sebagai usaha untuk memupuk kesedaran ramai sekali gus mengekang penyebaran virus terbabit. Difahamkan, Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat itu telah mengedarkan lebih 2 ribu topeng muka kepada semua tetamu yang hadir di majlis mereka yang berlangsung pada semalam.

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

Apa salahnya edarkan di majlis kami…farmasi pun selalu habis stok

Ujar pengantin wanita yang berusia 36 tahun itu lagi, permintaan tinggi terhadap topeng muka sejak kebelakangan ini turut menjadi faktor untuk mereka nekad mengedarkan hadiah yang sangat bermanfaat ini secara percuma. Nur Tasnim yang cantik mengenakan busana pengantin rona merah jambu itu turut menyatakan bahawa dia dan suami sangat gembira apabila mesej itu berjaya tercapai memandangkan masing-masing kerja dalam bidang kesihatan.

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati
Kredit foto: BH Online

Sumber: Berita Harian Online

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[FOTO] Penangan Musim Wabak, Raja Sehari Edar ‘Face Mask’ Sebagai Cenderahati

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram