Artis Hiburan

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Sharing is caring!

Saban minggu, program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3 sering kali menghiburkan para penonton. Menerusi konsep yang segar dan baru, proses merungkai identiti sebenar kesemua penyanyi misteri sekali gus menjadikannya lebih sukar lagi termasuklah bagi ahli panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry KRU. Dalam episod ketiga malam tadi, Ismail Izzani telah diundang ke rancangan tersebut sementara penyiasat jemputan pula adalah Michael Ang serta Nafiz Muaz.

BACA: [VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

Ingatkan cikgu sekolah…rupanya Linda EVA

Di sebalik barisan peserta perempuan pada minggu ini, namun tumpuan semua selebriti lebih terarah kepada wanita yang tampil seperti seorang guru ini. Meskipun bertahan dalam kelompok 3 penyanyi misteri terakhir, siapa sangka dia sebenarnya merupakan seorang penyanyi terkenal pada suatu masa dahulu bersama kumpulan EVA. Selain menyanyikan lagu hit mereka, Linda EVA turut memaklumkan bahawa dia merupakan ibu kepada rakan seperjuangan Ismail.

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Percaya cakap Jihan & Yusry…akhirnya duet bersama penyamar

Gara-gara tak sengaja menyingkirkan 3 penyanyi sebenar, penyanyi berusia 20 tahun itu akhirnya berputih mata apabila mendapat tahu bahawa rakan duetnya merupakan penyamar suara sumbang. Dia malah terduduk apabila wanita bernama Yasmeen itu menonjolkan suara sebenarnya, sekali gus mengundang gelak tawa daripada para panel penyiasat serta penonton di studio. Susulan itu, Yasmeen juga berjaya membawa pulang wang RM3,000 di akhir rancangan terbabit.

Lawak pecah perut….suara Linda sedap macam dulu

Menerusi ruangan komen di Instagram rancangan itu pula, rata-rata netizen juga terkesima apabila mendapat tahu peserta nombor 2 merupakan seorang penyanyi terkenal. Selain memuji suara merdu yang masih dimiliki Linda EVA, mereka turut berseloroh dengan pilihan dibuat Ismail Izzani sepanjang program hiburan tersebut.

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Sumber: IG tv3malaysia & YouTube TV9MALAYSIA Official

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terlepas Penyanyi Veteran, Ismail Izzani ‘Frust’ Terduduk Duet Dengan Penyamar

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram