Artis Hiburan

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

Sharing is caring!

Program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ telah kembali untuk musim ketiga dengan menampilkan konsep yang segar dan baru. Pendedahan identiti sebenar kesemua 6 penyanyi misteri yang membawa kepada reaksi artis jemputan serta penonton di studio tak dinafikan telah menjadikannya sebagai antara rancangan paling diminati ramai. Di samping mengekalkan hos Shuk Sahar dan Sean LJE, Yusri Abdul Halim juga telah dilamar untuk menyertai Jihan Muse dan Mark Adam sebagai ahli panel penyiasat tetap.

BACA: “Floor 88 Gagal” – Akhirnya Disingkir, Suara Kapten Keselamatan Paling Mengancam

Gelagat Sham Visa, Mira Filzah & Ropie buat penonton tak kering gusi

Vokalis kumpulan Visa iaitu Sham telah menjadi artis jemputan dalam episod sulung malam tadi, manakala Mira Filzah dan Ropie pula diundang sebagai panel penyiasat. Selain sporting sepanjang rancangan tersebut, gelagat dan lawak spontan ketiga-tiga selebriti berkenaan nyata telah memeriahkan studio ICSYVM.

Semua peserta pandai bawa karakter masing-masing

Seperti musim-musim terdahulu, setiap peserta yang terlibat dalam program ini susah untuk dikenal pasti sebagai penyanyi sebenar atau penyamar sumbang. Malahan penyanyi berusia 49 tahun itu telah beberapa kali menundukkan wajahnya gara-gara telah menyingkirkan beberapa penyanyi berbakat, termasuklah seorang artis rakaman yang mencuba nasibnya dalam program itu.

Nasib baik berjaya duet dengan penyanyi sebenar

Berbekalkan pengalaman sedia ada serta ayat meyakinkan daripada para panel penyiasat, akhirnya Sham Visa berjaya menemukan penyanyi sebenar iaitu peserta Nombor 1 di hujung rancangan terbabit. Walaupun baru berusia 25 tahun, namun pemuda bernama Syed Noh Aljeffri Bin Syed Mahmud ini nyata mempunyai suara yang sangat merdu lebih-lebih lagi apabila berduet menyampaikan lagu ‘Untukmu Selamanya’.

Suka attitude Sham Visa…suara Nombor 1 memang best

Kejayaan itu sekali gus melayakkan Syed Noh Aljeffri untuk bertanding bagi merebut peluang merakamkan single bersama salah satu syarikat rakaman terkemuka di Malaysia. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji Sham Visa yang seolah-olah mempunyai firasat tersendiri untuk memilih penyanyi sebenar dalam kelompok peserta berkenaan. Dalam pada itu, mereka juga memuji penambah baikan konsep ICSYVM bagi musim kali ini.

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

Sumber: YouTube TV9MALAYSIA Official & IG tv3malaysia

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] ICSYVM Bawa Konsep Baru, Sham Visa Dipuji Handal Cari Penyanyi Sebenar

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram