Artis Inspirasi Keibubapaan

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

Sharing is caring!

Siapa dapat menyangka bahawa pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada tanggal 18 Februari lalu masih lagi menjadi bualan ramai peminat sama ada di Malaysia mahupun Indonesia. Sesungguhnya sangat luluh hati apabila kehilangan insan yang kita amat cintai dan itulah yang dirasai oleh ahli keluarganya. Terbaru, bapa kandung Allahyarham iaitu Mohamad Anthony John Sinclair telah meluahkan perasaan terbuku di hatinya menerusi satu perkongsian panjang di laman Facebook miliknya.

BACA: Suami Tiada Masih Disayangi Mentua, BCL & Keluarga Sinclair Wajar Jadi Tauladan

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

‘Warna kehidupan’ dah hilang…senyum pun rasa terpaksa

Dah masuk hampir 2 minggu sejak kamu tinggalkan kami secara mengejut Ash. Malam tadi adalah tahlil terakhir, sekurang-kurangnya hingga hari ke-40. Ketika ditanya bagaimana perasaan saat hari pengebumian, Ayah tak mampu meluahkan sebarang ayat yang boleh menggambarkannya pada masa itu – tapi bagaimana pula sekarang? Ayah terpaksa berhenti dan merenung dalam-dalam bagi mencari jawapannya. Keseluruhannya, rasa kaku. Ayah boleh buat rutin harian macam biasa, tapi ‘warna’ dalam kehidupan dah hilang. Ayah boleh senyum, bergelak tawa, bergurau dengan keluarga serta rakan lain, dan buat wefie bersama mereka. Tapi senyuman ayah malam tadi lebih terpaksa daripada kebiasaannya.

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

Hidup ‘kaku’ & terlalu sedih…bagaimana pula perasaan Bunga & Noah?

Terharu bagaimana Ashraf boleh memberikan impak dalam kehidupan insan-insan yang tak pernah saya kenali. Ada seorang individu telah menulis sepucuk surat yang cukup indah dan sebak menerusi e-mel. Walaupun dia tak pernah mengenali Ashraf atau Bunga, tapi dia mengetahui erti perit yang ditanggung seorang bapa tatkala kehilangan anak lelakinya. Terima kasih banyak-banyak. Saya juga cuba untuk membalas kesemua pesanan takziah yang diterima, sebagai salah satu terapi dan cara untuk membuatkan diri sibuk lebih-lebih lagi pada beberapa hari pertama Allahyarham pergi.

Kaku sampailah rasa perit, kehilangan dan kesedihan datang menyelubungi diri. Ada kalanya ia kecil saja, namun sudah cukup untuk membuatkan saya mengalir air mata. Dan masa-masa lain pula boleh membiarkan saya menangis teresak-esak dalam diam. Bagaimana cepatnya perasaan itu datang, begitulah jua ia pergi dan memberikan ketenangan dalam diri. Kalau Ayah pun rasa sedemikian rupa, entah bagaimanalah pula perasaan Bunga dan Noah yang baru berusia 9 tahun?

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

Ralat bukan soal ‘mengapa’…tapi tidak berdaya lakukan apa-apa

Antara perkara yang paling menyakitkan bukanlah ‘mengapa kamu pergi’, tetapi tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Tak berupaya menghilangkan kesedihan orang lain, tak berupaya untuk mengundurkan semula waktu. Malah saya juga tak mampu untuk menyerahkan diri sebagai ganti kepada nyawanya seperti mana yang sanggup dilakukan oleh mana-mana ibu bapa di dunia ini. Tanpa perlu berfikir panjang sekali pun.

Walaupun pemergian ini sangat tak terduga, tapi kami semua (keluarga dan rakan-rakan) akan berjuang untuk memahaminya. Meskipun pemergian ini diratapi, kamu tetap berada di luar jangkauan kami. Selain daripada mendoakan, kami tetap berusaha lakukan sedikit sebanyak dalam mengharungi perasaan yang tidak dapat ditahan. Hinggalah satu masa nanti kami boleh tersenyum tatkala mengenang kembali memori yang kita semua pernah ada. Sambil berterima kasih atas semua perkara selama umurmu yang cukup singkat iaitu 40 tahun.

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

Sementara di atas sana…tolong tempahkan lokasi indah buat kami pula

Ayah terima semua ini sebagai perancangan Tuhan. Tapi sementara kamu ada di atas sana Ash, tolong tempahkan lokasi yang indah buat kami pula apabila menjejaki langkahmu suatu hari nanti. Semoga Tuhan merahmatimu Ashraf dan terima kasih untuk segala-galanya.

“Senyum Pun Terpaksa” – 2 Minggu Ashraf Sinclair Tiada, Bapa Titip Ucapan Sebak

Sumber: FB Mohamed Sinclair

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram