Artis Cinta & Perhubungan

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Sharing is caring!

Tahun 2020 merupakan permulaan yang cukup baik buat pelakon dan juga pengacara, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi. Setelah hampir 3 tahun bergelar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Sara Sefhia, artis wanita berkenaan akan diijabkabulkan pada malam ini dengan pilihan hatinya iaitu seorang guru berasal dari Kelantan. 

BACA: [VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

Pertama kali muncul di khalayak

Buat pertama kalinya semalam, pelakon yang terkenal dengan drama ‘Kampung People’ tersebut telah mendedahkan wajah tunangnya setelah disorok sekian lama. Malah pemuda berkenaan turut membuat penampilan sulung di hadapan umum sewaktu majlis malam berinai yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mohamad Azlan, jejaka yang berusia 30 tahun tersebut terlihat segak menyarung sepersalinan songket tradisional berwarna biru.


Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Terpikat sikap jujur Azlan

Perarakan masuk kedua-duanya turut diserikan dengan kehadiran si puteri, anak kepada Elly yang julung-julung kali wajahnya didedahkan kepada orang ramai atas sebab privasi. Si kecil berkenaan turut mengenakan pakaian sedondon bersama ibu dan juga bakal ayahnya. Menerusi artikel Harian Metro, pengacara tersebut mengakui sikap jujur Azlan telah membuka hatinya untuk pemuda itu. Wanita berkenaan tidak meminta lebih melainkan kesetiaan dalam sebuah perhubungan.

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’ Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’ Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Alhamdulillah tahniah. Boleh nampak keikhlasan mereka

Sebelum ini, majlis merisik antara pelakon berkenaan dan juga pilihan hatinya telah diadakan secara tertutup pada 19 Oktober tahun lalu. Seterusnya mereka berdua diikat dalam sebuah majlis pertunangan yang menyusul dua bulan kemudian iaitu pada tanggal 17 Disember 2019. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah untuk permulaan yang baru buat pengacara tersebut. Malah mereka turut mendoakan yang terbaik kepada ‘Kak Lina Pom Pom’ dan juga keluarga. 


Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’ Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’ Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Sumber: Harian Metro & Youtube Elly Mazlein


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terjawab Teka Teki, Peminat Tumpang Bahagia Elly Mazlein Bongkar Wajah ‘Papa’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram