Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

18th January 2020
in Cinta & Perhubungan, Viral
[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad
592
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Persahabatan adalah sesuatu yang sangat indah dan tidak ternilai. Semua orang pasti mempunyai rakan atau teman yang boleh digelar sebagai seorang sahabat. Mereka adalah antara individu yang paling terdekat dengan kita dan sentiasa ada bersama dikala susah mahupun ketika senang. Itulah yang dapat digambarkan menerusi sebuah video di laman Twitter ini. 

BACA: Kawan Tarik Kerusi Konon Nak Bergurau, Gadis Jatuh Terhentak & Disahkan Lumpuh

Arah kawan-kawan berkawad sekali

Video berdurasi kurang dua minit tersebut telah dimuat naik oleh seorang pemuda @ZulyadiyShah sebelum akhirnya tular. Menerusi paparan berkenaan, dapat dilihat seorang jejaka lengkap berpakaian seragam polis sedang mengarahkan sekumpulan lelaki di hadapannya untuk membetulkan barisan sebelum meneruskan kawad. Rupa-rupanya mereka semua adalah sahabat kepada pemuda berkenaan, dikenali sebagai Afieq Azraie. 

https://twitter.com/ZulyadiyShah/status/1218130937881325568?s=20

Datang dari jauh untuk beri sokongan

Jelasnya, mereka telah datang jauh daripada Pulau Pinang ke Segamat, Johor dengan menaiki 4 buah kereta untuk memberi sokongan kepada Afieq yang baru menamatkan latihan polis. Dalam masa yang sama, kedatangan berkenaan bertujuan untuk meraikan hari ulang tahun pemuda tersebut. Menurut Zulyadiy, perkenalan antara mereka semua bermula sejak masing-masing masih di bangku sekolah rendah sehingga ke hari ini. 

[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

Gigih datang, siap ambil cuti

Bagi menjayakan pertemuan tersebut, ada di antara mereka yang sanggup mengambil cuti. Namun ada juga yang tidak dapat hadir kerana terikat dengan urusan pengajian. Perkongsian yang telah mendapat lebih 130,000 jumlah tontonan tersebut turut menerima 9,800 retweets. Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan gelagat mereka yang gigih datang menceriakan rakan. Malah ada yang turut kagum dengan hubungan persahabatan kumpulan remaja berkenaan. 

[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad [VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad [VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

Sumber: Twitter Zulyadiy Shah

Tags: birthdaykawanlelakipolissahabat
Next Post
[VIDEO] Seronok Member Dapat Jadi Polis, Habis Dipaksa Kawan-Kawan Ikut Kawad

[VIDEO] "Pulanglah Am"-Remaja Hilang Sewaktu Mandi Laut Sempat Muat Naik Status

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)