Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

17th December 2019
in Artis
[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setelah beberapa tahun meneruskan hidup sebagai ibu tunggal, selebriti terkenal iaitu Elly Mazlein akhirnya mengambil keputusan untuk berumah tangga semula. Pada Oktober lalu juga, majlis merisik dia bersama jejaka bernama Azlan telah mendapat perhatian ramai kerana diadakan dengan indah sekali. Kini sekali lagi, majlis pertunangannya yang selamat berlangsung sebentar tadi seolah-olah memikat hati ramai kerana begitu ‘grand‘ persis hari perkahwinan sebenar.

BACA : Majlis Aqiqah Paling Letop Anak Azrina Mazhar Hakim, Kemewahannya Sangat WOW

Konsep majlis dalam taman

Hal ini demikian kerana ruangan majlis bertunang itu dicantikkan dengan dekorasi yang gah sekali. Bukan sahaja sarat dengan bunga-bungaan berwarna putih keemasan, malahan perletakan lampu-lampu di pentas serta siling nampaknya menaikkan seri pelamin berkenaan.

[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu [VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

Berseri-seri saat disarungkan cincin

Majlis juga bertambah meriah apabila selebriti berkenaan mula melangkah masuk dengan memegang sejambak bunga beserta payung. Mengenakan gaun labuh berwarna kehijauan, dia perlahan-lahan melangkah masuk sebelum duduk di atas pelamin nan indah itu. Apabila sampai ke upacara menyarung cincin, wajah Elly Mazlein begitu berseri-seri lagi sambil ditemani bakal ibu mentua di sisi. 

View this post on Instagram

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia)

View this post on Instagram

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

View this post on Instagram

A post shared by Gayah IsTyping (@gayahistyping)

Meriahnya ingatkan majlis kahwin

Namun seperti majlis sebelum ini, dia masih tidak mendedahkan wajah sebenar Azlan yang dikatakan mempunyai karier sebagai seorang guru. Rata-rata netizen juga terkesima dengan majlis berkenaan yang disangkakan wedding sebenar. Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat bakal mempelai ini.

[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu [VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu [VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu [VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

Sumber : Instagram gayahistyping, media hiburan, intrend malaysia

Tags: bakal suamicikguelley mazleinselebrititunang
Next Post
[VIDEO] Berarak Masuk Dengan Payung, Elly Mazlein Selamat Tunang Dengan Cikgu

[VIDEO] Akui Banyak Kesalahan Terhadap Isteri, Ebit Lew Kagum Dengan Lelaki Ini

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)