Drama

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar
Rasaflix

Sharing is caring!

Selepas ‘Cinta Sekali Lagi’, kini drama bersiri ‘Bidadari Salju’ yang merupakan adaptasi novel tulisan Mia Kiff pula mula bersiaran di slot Akasia. Karya arahan Reza Badarudin ini turut menampilkan gandingan Adam Lee (Hariz) dan Sweet Qismina (Kayra) sebagai teraju utama.

BACA: [VIDEO] Mesej Drama ‘Cinta Sekali Lagi’, Doa Isteri Teraniaya Sentiasa Dimakbul

Selalu kena ejek sebab hodoh & miskin…tetap tenang lawan perasaan marah

Menerusi episod pertama semalam, Kayra yang merupakan seorang pelajar miskin dan hodoh sering diejek oleh Hariz dan rakan-rakannya. Biarpun sering ‘dibahan’ dek kerana jerawat serta penampilannya yang selekeh, namun gadis tersebut dilihat tenang mengawal perasaan amarahnya. Mujurlah, gadis itu diselamatkan oleh Aiman daripada terus diganggu oleh Hariz.

Tak ada keyakinan, mengadu nasib pada ibu…jangan mudah mengeluh

Dek kerana berasa kurang yakin dengan jerawat yang penuh pada wajah, Kayra sering mengadu nasib kepada ibunya. Seolah-olah memahami perasaan tersebut, ibunya menasihati supaya tidak terlalu mengeluh dengan rupa paras asalkan mempunyai budi bahasa.

Biadap betul perangai Hariz, nak kata orang hodoh…dulu pun selalu kena macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perasaan geram gara-gara melihat perangai biadap Hariz yang suka memperlekehkan Kayra. Selain itu, mereka juga akui pernah melalui detik serupa seperti gadis tersebut.


Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Sumber: Instagram bidadarisalju.tv3_ , dramasangat, YouTube Drama Sangat Official

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram