Viral

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”
Rasaflix

Sharing is caring!

Amalan berbuat baik bukan dengan manusia saja, malah dengan haiwan juga perlu diterapkan sikap tersebut. Mengambil contoh, kebiasaannya binatang seperti anjing kerap diabaikan oleh orang ramai kerana takut dikejar. Hakikatnya, haiwan terbiar juga inginkan kasih sayang serta ihsan daripada manusia dan mungkin itulah yang cuba ditonjolkan oleh seorang gadis di dalam sebuah video baru-baru ini.


BACA : [VIDEO] Tunggu Makan Tiap Kali Balik Kerja, Anjing Jadi Bodyguard Jaga Rumah

Jatuh hati sangat dengan Si Jony… dia manja sangat bila kena belai

Menerusi perkongsian @queffia1 di Tiktok, memaparkan situasi dia sedang membelai seekor anjing liar menggunakan sarung tangan plastik. Haiwan berkenaan dilihat selesa dengan belaian manja yang diberi oleh gadis itu. Perempuan yang mesra disapa Nufa ini kemudiannya sempat bercakap dengan binatang itu bahawa dia akan datang semula ke lokasi berkenaan pada keesokan harinya.

@queffia1

Jatuh hati sangt dngn si jony❤️ manja sangat dia, #dog #fyp #foreyoupage_trending

♬ Up Beat (Married Life) – Kenyi

Dah lama takda orang belai-belai dia macam tu… awak dah bagi kebaikan untuk seekor anjing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat keadaan haiwan berkenaan yang seperti inginkan kasih sayang daripada manusia. Selain menitipkan ucapan terima kasih kepada Nufa di atas sikap baik hatinya, mereka turut mendoakan agar gadis ini sentiasa dimurahkan rezeki. Video berdurasi 47 saat ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan sejak dimuat naik di aplikasi Tiktok.


Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Sumber : Tiktok Nufa

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Anjing Terbiar Dibelai Manja, Sifat Mulia Gadis Dipuji – “Dia Percaya Awak”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram