Uncategorised

Tak Kira Menantu Lelaki Atau Perempuan – Tatang Selayaknya Seperti Anak Sendiri

Seringkali terpapar di laman media sosial tentang isu salah faham yang melibatkan suami isteri dan juga mentua. Pelbagai kisah yang diceritakan melalui page confession tertentu mengenai perkara itu sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai. Enggan ia terus menjadi bebanan perasaan seseorang terutama sekali para isteri, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Bel Nawhen tampil bersuara.

BACA : Isteri Selamat Bersalin – Tajul Bergelar Bapa Muda Pada Usia 21 Tahun

Gambar Sekadar Hiasan

Berhenti ‘merajakan’ anak lelaki sendiri

Advertisement

Menurutnya, para ibu perlu berhenti ‘merajakan’ anak lelaki mereka dan melepaskan semua tanggungjawab pada menantu untuk menguruskan sesuatu urusan. Malah ada mentua yang pening memikirkan masalah kekurangan bajet apabila anak lelakinya mahu berkahwin dan meminta bakal menantu untuk sama-sama menyelesaikan masalah itu. Namun, lain pula kisahnya bila dia memiliki anak perempuan kerana meminta si lelaki untuk berusaha lebih keras menyediakan segalanya.

Bila ada masalah rumah tangga, menantu perempuan dipersalahkan

Advertisement

Tidak kurang juga mentua yang meletakkan segala kesalahan di bahu menantu perempuan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga. Biarpun begitu, lain pula caranya apabila ia berlaku pada anak perempuan mereka. Selain itu, pemberian nafkah juga wajib ke atas seorang suami buat isterinya. Tapi berbeza sekali bila menantu lelaki berhadapan situasi sedemikian.

Gambar Sekadar Hiasan

Tak kira menantu lelaki/perempuan, tatang selayaknya..

Advertisement

Disebabkan itulah, menantu perempuan sering membuat luahan perasaan tentang sikap mentua yang tidak memahami kerana dijadikan abdi buat suami serta adik-beradik lelakinya. Dia juga berpendapat supaya mentua tidak membeza-bezakan layanan terhadap anak sendiri dan juga menantu.

Sumber : FB Nel Nawhen

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram