Artis

Suami ‘Menyelinap’ Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Suami ‘Menyelinap’ Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Sekitar semalam, peminat seakan terpegun melihat keanggunan Zahirah Macwilson dalam majlis malam berinainya. Mengenakan sari berona merah hati dengan tema Bollywood, kecantikan pelakon wanita berkenaan terus menjadi pujian netizen. Tatkala ramai menantikan hari pernikahannya bersama Aiman Hakim Redza, kita pula dikejutkan dengan majlis pernikahan Emma Maembong bersama seorang juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar.

BACA : Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan

Majlis diadakan secara tertutup

Sebelum ini, memang sudah tersebar ura-ura mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga. Namun susuk sebenar lelaki pilihannya terus menjadi rahsia dan hanya digelarkan dengan nama Mr S. Siapa menyangka, aktres yang kini sudah berusia 27 tahun akhirnya menamatkan zaman bujang meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa individu sebelum ini. Majlis tersebut diadakan secara bertutup bertempat di Bukit Damansara dan dihadiri sekitar 300 tetamu sahaja.

Suami ‘Menyelinap’ Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Suami ‘Menyelinap’ Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Berjumpa di majlis hari jadi Uqasha Senrose

Menurut portal Berita Harian, pelakon manis ini ada mendedahkan tentang pertemuan mereka berdua. Emma mula bersua muka dengan lelaki berumur 32 tahun itu pada majlis sambutan hari jadi Uqasha Senrose di tahun 2017. Seakan sudah tertulis takdir mereka berdua, lelaki itu memberanikan diri untuk menghubunginya menerusi mesej di Instagram. Namun ia hanya disedari oleh Emma pada tahun 2018 sebelum mereka akhirnya menjalinkan hubungan istimewa.

View this post on Instagram

Semoga kekal hingga syurga @emma_maembongofficial @shazli.a ❤️ . 🎥 @ezuwanismail

A post shared by Cerita Artis Malaysia (@ceritaartismalaysia) on

Majlis resepsi dilangsungkan bulan hadapan

Bagi Emma lagi, suaminya itu merupakan seorang lelaki yang baik, matang dan sangat mementingkan agama. Tambahan pula, dia tidak membuang masa dalam hubungan istimewa tersebut. Sifat itulah yang membuatkan Emma terbuka hati menerima lelaki berkenaan. Selain itu juga, majlis resepsi mereka bakal dilangsungkan pada bulan hadapan.

Sumber : Instagram ceritaartismalaysia, Berita Harian

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suami ‘Menyelinap’ Masuk DM Instagram, Kini Emma Bergelar Isteri Kepada Pilot

Youtube

Facebook

Telegram