Tidak dinafikan, punca utama stress seringkali dikaitkan dengan masalah peribadi berkaitan keluarga, kewangan atau tempat kerja. Tanpa mengira usia, kegagalan mengawal stress sebenarnya akan membawa mudarat lebih besar termasuklah menjejaskan kesihatan.
BACA:Â Wanita Kongsi Pengalaman Pilu, Duduk Terlalu Lama Punca Hidap Slip Disc
Tekanan emosi melampau penyebab masalah kesihatan…belajar kawal sifat marah & kekal tenang
Menerusi posting di Facebook, Dr Hamid Arshat telah membuat rumusan bahawa tekanan emosi yang melampau antara penyumbang utama pada masalah kesihatan kronik. Oleh itu, beliau sempat berkongsi beberapa kaedah untuk maintain menjaga kesihatan. Selain menyerahkan segala aturan kepada Allah, pakar kesihatan tersebut mengajar agar individu perlu sabar dan belajar mengawal kemarahan. Sebaik saja perasaan marah itu memuncak, segeralah bawa diri dan mengambil wuduk untuk peroleh ketenangan.
Berlajar jadi pemaaf & bina gaya hidup productive…berserdahana sahaja jalani kehidupan
Jelas pakar kesihatan ini lagi, elakkan sikap marah serta memaafkan kesilapan seseorang perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rasa ingin membalas. Bukan sahaja mengambil ubat-ubatan dan berselawat, relaxing dengan cara berkebun tenyata sangat berkesan untuk melupakan segala kepayahan. Tambahnya lagi, tarik serta hembus nafas secara perlahan perlu diamalkan misalnya ulang kaedah selama 5 minit. Tegasnya lagi, individu tidak seharusnya berlumba-lumba dalam mengejar kehidupan malah berserdahanalah dalam melakukan setiap hal.
Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat