Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

6th August 2019
in Artis, Hiburan
“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Jika sebelum ini seorang pelakon muda ada menulis kapsyen panjang berkaitan dengan sikap sebenar Syafie Naswip bagi menjernihkan semula nama baik pelakon itu, baru-baru ini pula seorang pelakon senior tanah air telah berbuat perkara yang sama. Melalui Instagram, Noorkhiriah telah berkongsi gambar dirinya dengan Syafie Naswip dengan kapsyen panjang berupa nasihat dan sedikit throwback. 

BACA: “Perempuan Ni Queen Control” – Netizen Speku Perangai Pelik Ex Tunang Syafie

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Serius, anak ni hormat orang tinggi tahap gaban

Sebagai seorang pelakon senior dan mula mengenali Syafie ketika usinya 17 tahun, Noorkhiriah menyifatkan lelaki itu sebagai seorang anak yang sangat menghormat1 orang tua dan pandai melayan karenah orang-orang dewasa. Sikap itu jelas terlihat ketika mereka bercuti bersama-sama di Hollywood pada tahun 2007 kerana berjaya meraih kemenangan dalam Anugerah Skrin. 

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Akak kat LA memang ke mana dengan Pie

Ketika mereka di Los Angeles, Khiriah telah menceritakan kenangan mereka di sana. Syafielah individu yang rajin melayan karenahnya setiap kali dia ingin bergambar tidak kira tempat dan masa. 

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Patutlah Cik Min sayang. Kalaulah masih ada..

Menyifatkan sikap dan peribadi Syafie yang tahu menghormat1 orang tua itu menjadi sebab Allahyarham Yasmin Ahmad sayang kepadanya, Noorkhiriah turut menceritakan serba ringkas bagaimana Syafie dahulunya boleh terlibat dengan filem Mukhsin. Menurutnya, Syafie telah terpilih untuk memegang watak Mukhsin tanpa sengaja kerana ketika itu dia hanya ingin menemani sepupunya menjalani ujibakat bagi filem itu. 

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Di hujung kapsyen, Noorkhiriah sempat berpesan pada pelakon muda ini supaya terus menjaga akhlak baik. Bagi Khiriah, baik atau buruk sesuatu kejadian itu, ia akan memberi pengalaman berharga dalam hidup dan akan lebih mematangkan diri. Begitulah yang seharusnya dibuat Syafie, perkara buruk elok dibuang jauh dan perkara baik seharusnya dikekalkan. 

“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Sumber: IG khiriah17

Tags: cik minhormat orangmukhsinnasihatnoorkhiriahotaipelakonsyafie naswipviralyasmin ahmad
Next Post
“Serius, Anak Ni Hormat Orang Tinggi. Kalaulah Yasmin Masih Ada..”- Noorkhiriah

Tak Serik Jatuh Longkang, Guru Math Viral Makin Pulih & Teruja Mengajar Semula

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)