Utama Inspirasi Tak Serik Jatuh Longkang, Guru Math Viral Makin Pulih & Teruja Mengajar...

Tak Serik Jatuh Longkang, Guru Math Viral Makin Pulih & Teruja Mengajar Semula

Sejak kebelakangan ini, ada satu kelompok guru subjek Maths yang dikenali sebagai SIRpuloh semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda. Berbeza dengan cara biasa guru mengajar di kebanyakkan sekolah, mereka ini dilatih untuk menarik minat para pelajar dengan teknik Maths yang sangat unik dan interaktif. Selain tertumpu di pusat tuisyen, guru seperti Fathi Hussein ini turut mendekatkan diri dengan masyarakat menerusi platform media sosial.

BACA: [Video] Riuh Satu Sekolah! Cikgu & Murid Lawan Kejar Ayam Sempena Hari Guru

View this post on Instagram

da kenapa ysuku @shuibsepahtu ada dalam maths? ?? . #ysukushuib #mathsanova @ysukushuib . . . . . ? @amirmaaruf




A post shared by MFath (@fathihussein) on

Pun begitu, nama Cikgu Fathi telah jadi hangat semula di laman sosial apabila dia dikhabarkan telah jatuh ke dalam sebuah longkang akibat diIanggar oleh sebuah kereta jenis Myvi pada beberapa hari yang lepas. Menerusi pendedahan kepada portal mStar baru-baru ini, Fathi memberitahu bahawa dia sendiri pun terkejut apabila melihat keadaannya dan masih belum ingat sepenuhnya mengenai insiden itu.




Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku di Sungai Ramai Dalam, Bangi sewaktu dalam perjalanan menuju ke pusat tuisyen untuk mengajar seperti biasa. Akibat insiden tersebut, dia telah mengalami kecederaan di bahagian tulang paha yang mana telah dirawat menerusi satu 0peration pada Jumaat lalu. Walaupun kini sedang terlantar di atas katil, namun Fathi akui selesa bergerak dalam kesesakan trafik selain minat pada motosikal juga.




Mengulas tentang keadaannya buat masa ini, Fathi memberitahu bahawa tempatnya diganti oleh seorang guru lain sebelum pulih sepenuhnya. Dan dia mungkin akan kembali mengajar pada Khamis atau Jumaat ini. Dalam pada itu, dia turut berpesan kepada semua pelajar Math Clinic agar tidak terlalu risau mengenainya dan fokus sahaja pada pelajaran serta peperiksaan masing-masing. 




Sumber: IG, Twitter mathsanova & mStar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI