Utama Cinta & Perhubungan "Sehari Nikah Saya Jumpa Diari Isteri"-Ramai Sebak Kisah Di Sebalik Banglo Ini

“Sehari Nikah Saya Jumpa Diari Isteri”-Ramai Sebak Kisah Di Sebalik Banglo Ini

Pengorbanan seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga tidak dapat disangkal lagi. Daripada melahirkan anak sehingga menguruskan kerja rumah, mereka layak digelar Super Woman setelah melihat semula segala tenaga yang dicurahkan demi menjaga keluarga. Sekali sekala, tiada salahnya jika suami memberikan hadiah sebagai tanda menghargai isteri mereka. Mendapat hadiah kecil juga sudah cukup menggembirakan hati, apalagi jika menerima hadiah idaman seperti yang dirasai oleh wanita bernama Munazieraa Ab Aziz ini.

BACA : [VIDEO] Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup

Rasa tersentuh dengan ayat akhir suami dia

Sejak beberapa hari lalu, kisah rumah tangganya itu begitu menarik perhatian netizen. Meskpun posting asalnya dimuat naik oleh suaminya iaitu Amir Faisal ke Facebook terlebih dahulu, namun warga Twitter turut berasa kagum sehingga meraih 15,000 retweet setakat hari ini.

Advertisement




Ditulis masa umur 11 tahun pada 1997

Dalam perkongsian tersebut, Amir menzahirkan rasa teruja dan terharu kerana berjaya memiliki sebuah rumah yang gah untuk keluarga tercinta. Semuanya bermula sewaktu dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dan terbaca diari milik Munazieraa.

Gambar sekadar hiasan

Wanita berkenaan pernah menulis tentang rumah banglo yang menjadi idamannya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Sejak itu, siapa menyangka si suami rupanya berusaha keras selama beberapa tahun untuk menunaikan impian bermakna tersebut.

Suka ayat dia…Susahnya nak cari suami macam ni

Bagi lelaki berkenaan, impian hakikinya adalah menunaikan segala cita-cita yang disimpan oleh teman hidupnya itu. Mengetahui kisah ini, rata-rata netizen begitu terharu melihat penghargaan yang diterima wanita tersebut daripada suaminya. Ada juga yang berseloroh untuk menulis diari agar teman lelaki mereka boleh membuat perkara sama di masa hadapan kelak.

Advertisement




Sumber : Twitter iskahahmad, Facebook Amir Faisal M Khairi

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement