Utama Tips Budak 4 Tahun Banyak Kali Batuk Keluar Cacing, Bila Doktor Rawat Rupa-Rupanya..

Budak 4 Tahun Banyak Kali Batuk Keluar Cacing, Bila Doktor Rawat Rupa-Rupanya..

Bagi sesiapa yang mengikuti laman-laman media sosial individu yang bertugas sebagai doktor pasti sudah banyak kali membaca pelbagai perkongsian tentang masalah kesihatan serius. Semuanya adalah untuk memberikan kesedaran dan pengajaran bersama. Namun menerusi sebuah perkongsian oleh pengendali akaun Twitter bernama Faruq Zulkafli yang juga merupakan seorang doktor ini tentang masalah dihadapi oleh seorang kanak-kanak berusia 4 tahun kali ini bukan biasa-biasa.

BACA : Sedih Doktor Sahkan Rahim Dah ‘Kosong’, Rupanya BFF Sendiri Duri Dalam Daging

Budak lelaki batuk keluar cacing

Menurut thread tersebut, dia telah menerima panggilan daripada seorang petugas pusat perubatan tentang keadaan seorang budak yang mengalami batuk cacing. Difahamkan, kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya selepas batuk sehingga mengeluarkan beberapa cacing ketika di rumahnya. Malah dia juga telah demam sejak 3 hari lalu, namun tidak mempunyai masalah membuang najis. Sebaliknya, dia telah mengalami kesukaran untuk berbuat demikian. Menerusi pemerhatiannya, budak itu kelihatan seperti keracunan. 

Setiap kali batuk keluar 4 hingga 5 ekor cacing

Selepas itu, dia meminta pihak pusat perubatan itu menghantar budak berkenaan ke tempatnya dengan menggunakan ambulans untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Ketika dalam perjalanan juga, budak itu hanya batuk sekali tapi mengeluarkan 4 hingga 5 ekor cacing.




Disebabkan oleh cacing ascariasis

Sejurus tiba, Dr Faruq terus meminta jururawat memasangkan alat oksigen dan mendapatkan x-ray milik kanak-kanak berkenaan. Apabila topeng muka yang dipakainya dibuka, kelihatan cacing keluar dari mulut dan hidungnya. Namun, dia berpendapat bahawa ia adalah disebabkan oleh cacing ascariasis yang parasit.

Tinggal dalam hutan, tak pakai kasut

Menurut Dr Faruq, kanak-kanak tersebut merupakan Orang Asli yang kurang menjaga tahap kebersihan dan tidak pernah cuba menyembuhkannya. Ditambah pula, dia tinggal di hutan yang makanannya kurang bersih dan tidak memakai kasut apabila keluar menyebabkan cacing berada dalam perutnya. Malah semua haiwan berkenaan berada di situ kerana dia tidak membuang air. Selain itu, dia kurang mengambil makanan bernutrisi akibat diserap oleh cacing. Dalam pada itu, Dr Faruq turut menyarankan agar kanak-kanak berusia 1 tahun ke bawah agar mengambil ubat anti cacing.

Sumber : Twitter faruqzulkafli

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI