Viral

[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”

[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”

Sharing is caring!

Tugas mencari rezeki buat menyara keluarga sememangnya terletak di atas bahu suami. Meniti kehidupan zaman sekarang yang semakin meruncing, hidup berkeluarga boleh menjadi sebuah cabaran besar dan harus dilalui dengan penuh tolak ansur serta kesabaran. Oleh sebab itulah isteri seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dibuat suami seperti yang diluahkan oleh wanita dengan akaun Twitter Marina ini. Perkongsiannya di Twitter sudah meraih ribuan retweet sejak dimuat naik.

Baca : Kahwin 2 Tahun Tapi Suami Gila Lepak Sampai 3 Pagi, Isteri Pun Jadi Tawar Hati


[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”

Dia pakai baju RM9.00 takpe, asal bini cukup makan

Mula dikongsikan sejak 30 Oktober lalu, video pendek berdurasi 5 saat itu beserta kapsyen yang cukup bermakna nampaknya berjaya mencuri perhatian netizen. Menurut Marina, dia mendedahkan bahawa suaminya sanggup melakukan pelbagai kerja demi memberikan yang terbaik buat keluarga mereka. Dalam pada itu, Marina sempat mendoakan agar Allah memberi rahmat kepada lelaki di luar sana yang turut bekerja keras seperti suaminya itu.

[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”
Gambar sekadar hiasan

Husband i buat 3 kerja juga…Doakan moga dia diberkati

Walaupun video serta yang kapsyen yang dikongsikan begitu ringkas sekali, namun persoalan yang diajukan oleh Marina membuatkan netizen terus menitipkan komen sendiri. Nampaknya, ramai mula berkongsikan kisah bahawa suami mereka juga sangat berusaha keras dan membanting tulang demi memastikan keluarga mereka mempunyai keperluan hidup yang cukup. Meskipun lelah dalam melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama, namun mereka tidak lupa untuk meluangkan masa buat anak-anak.


[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup” [VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup” [VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”

Sumber : Twitter Marina Dandy


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram