Utama Tips Sedih Tengok Kawan Masih Gigih Usaha Cari Kerja, Fresh Graduate Ini Kongsi...

Sedih Tengok Kawan Masih Gigih Usaha Cari Kerja, Fresh Graduate Ini Kongsi Tips

Memang tidak dinafikan bilangan graduan yang semakin bertambah saban tahun telah mewujudkan persaingan sengit dalam perjalanan mencari peluang pekerjaan. Tidak kurang dengan itu, ada yang menganggur selama beberapa bulan bahkan bertahun sehingga membuatkan mereka tertekan. Terkesan dengan perkara itu, seorang pemilik akaun Twitter yang bernama Zhafir Zhikri membuat perkongsian berbentuk tips untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi.

BACA : Kajian Buktikan Kerja Lebih 52 Jam Seminggu, Risiko Botak Adalah 2 Kali Ganda

Sedih tengok kawan-kawan sendiri berusaha dapatkan kerja

Menurut Zhafir, dia bersimpati dengan nasib rakan-rakan seperjuangannya yang masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Disebabkan itulah dia mula berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalamannya sendiri.




Pointer kena bagi elok

Jelasnya lagi, terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh graduan sebelum, semasa dan selepas meminta pekerjaan sebagai langkah awal. Kebanyakan syarikat lebih cenderung memilih calon yang memiliki pointer tinggi.

Beli pengalaman, sediakan resume/curriculum vitae




Selain itu juga, pengalaman adalah sangat penting sebelum meminta mana-mana peluang pekerjaan dan sediakan resume serta curriculum vitae (CV) yang lengkap demi meyakinkan majikan.

Jawapan untuk perkenalkan diri & temu duga

Dalam pada itu, sebagai calon perlulah memperkenalkan diri terlebih dahulu termasuklah latar belakang pengajian yang diambil. Di samping itu, para graduan hendaklah membiasakan diri dengan soalan-soalan asas untuk temu duga.




Gambar Sekadar Hiasan

Biasakan diri dengan persekitaran, bawa bahan sokongan

Bagi fasa semasa iaitu sebelum menghadirkan diri untuk temu duga, pastikan segala dokumen lengkap dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Calon juga hendaklah membiasakan diri dengan persekitaran agar diri tidak rasa janggal. Lebih baik juga, calon bawa kesemua bahan sokongan sebagai bukti pengalaman untuk meyakinkan majikan.

Tanya soalan secara profesional…




Sekiranya panel temu duga bertanyakan soalan, berilah jawapan dengan profesional terutama sekali tentang latar belakang projek berkaitan syarikat tersebut tetapi janganlah keterlaluan. 

Cakap terima kasih, follow up & tawakal

Selepas itu, jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada panel kerana sudi meluangkan masa untuk temu duga sebagai tanda sudah berusaha. Rajinkanlah diri untuk follow up tentang kerja yang diminta itu dan bertawakal.




Waktu hantar permohonan, buat akaun

Sebagai tips tambahan, Zhafir memberi peringatan supaya menghantar permohonan sekitar waktu pagi supaya pihak syarikat lebih alert. Selain daripada itubuatlah akaun yang fokus pada isu pekerjaan supaya memudahkan untuk berkomunikasi dengan individu lain.

Sumber : Twitter Zhafir Zhikri

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI