Utama Viral Dirempuh Bas Ketika Gigih Cari Rezeki, Air Mata Ibu Tangisi Pemergian Anak

Dirempuh Bas Ketika Gigih Cari Rezeki, Air Mata Ibu Tangisi Pemergian Anak

“Bagai hilang sebelah sayap dan nyawa”, demikianlah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan perasaan ibu kepada Muhammad Saifullah Mohammad Hafeiz selepas anaknya itu dirempuh¬† oleh sebuah bas persiaran semalam sehingga kehilangan nyawa di tempat kejadian, Bayan Lepas. Lebih meluluhkan hati lagi, tragedi hitam tersebut berlaku ketika remaja berusia 16 tahun itu sedang sibuk membuat kerja sambilannya sebagai food rider bagi sebuah restoran makanan segera.

BACA : Menggelepar Dia-Suami Kantoi Selingkuh, Bini Simbah Tomyum Ke Wanita Perampas

Positif bahan terlarang…

Menurut laporan daripada portal Sinar Harian, pemandu bas berkenaan rupanya tidak mempunyai lesen memandu secara sah dan kini dia direman selama 2 hari untuk menjalani siasatan lanjut. Tidak cukup dengan tiada lesen sah, lelaki berusia 49 tahun itu turut disahkan positif bahan terlarang selepas melalui ujian saringan air kencing. 




Apa sahaja dia nak, dia usaha sendiri

Memetik daripada portal Harian Metro pula, Puan Siti Hajar Ghazali menyifatkan Allahyarham anaknya itu merupakan budak yang baik kerana tidak pernah menyusahkan keluarga. Meskipun masih lagi bersekolah di Tingkatan 4, Saifullah memilih untuk mendapatkan segala yang diiginkan dengan titik peluhnya sendiri. 

Dia tak jamah bihun sup yang saya masak

Selain itu juga, wanita berumur 38 tahun tersebut sempat mendedahkan tentang perangai pelik Allahyarham Saifullah sebelum tragedi itu berlaku. Jika sebelum ini dia bersalaman sebelum keluar rumah, namun anak mereka tidak berbuat demikian pada hari berkenaan. Saifullah juga tidak menjamah makanan kegemaran yang sempat dimasak oleh ibunya sendiri. Siapa menyangka rupanya ia menjadi detik terakhir sebelum dia pergi bertemu Illahi.




Kredit Foto Harian Metro

Tidurlah sayang Ummi…Rehatlah sepuas-puasnya

Sudah pasti kehilangan tersebut amat dirasai oleh seisi keluarga Allahyarham serta orang terdekat. Namun begitu, wanita ini menerima takdir tersebut dengan hati terbuka dan bersyukur kerana anaknya itu telah menjadi insan terbaik di sepanjang hayatnya.

Sumber : Portal Harian Metro dan Sinar Harian




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI