“Saya Terpaksa Tinggalkan Pakya & Abang Ropi”- Ajak Shiro Mohon Doakan Adik

Pelawak dan juga pengacara, Ajak Shiro baru sahaja mengumumkan dirinya tidak lagi beraksi sebagai hos program Melodi untuk tahun 2020. Walaupun begitu, personaliti televisyen ini akan muncul sebagai penyampai radio di stesen radio Sinar FM dan sekarang sedang beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2019. Terbaru artis lelaki ini telah memuat naik satu posting  di laman Instagram memaklumkan adiknya ditimpa kecelakaan. 

BACA: [VIDEO] Cubaan Ustaz Syamsul Debat Masuk MLM Menjadi, Buka Mulut Je Dah Lawak

Advertisement

Adik ditimpa kecelakaan serius di tempat kerja

Menerusi sebuah foto yang dimuat naik, Ajak menjelaskan adik lelakinya bernama Fitri itu telah ditimpa musibah sewaktu sedang bekerja sehingga menyebabkan kecederaan serius. Selepas dimaklumkan mengenai keadaan pemuda tersebut, pengacara itu terus bergegas ke pusat perubatan di mana adiknya diberi rawatan. 

Terpaksa tinggalkan rehearsal bagi final MLM

Susulan kejadian berkenaan, pelawak tersebut terpaksa mengambil keputusan untuk tinggalkan rehearsal bagi final program Maharaja Lawak Mega. Dia yang menyertainya bersama dua lagi rakan artis iaitu Ropie dan juga Pakya bagaimanapun bersyukur kerana mereka semua memahami keadaannya waktu itu. Malah pelawak tersebut turut memuat naik satu screenshot perbualan mereka bertiga di mana masing-masing dilihat memberi kekuatan serta menenangkan Ajak.

Advertisement

Advertisement

Jangan risau soal kalah menangg

Kedua-dua posting yang dikongsikan nyata mengundang rasa hiba kepada netizen. Menjengah ke ruangan komen, masing-masing dilihat mengambil peluang untuk menitipkan doa bagi kesembuhan adiknya tersebut. Malah rakan-rakan artis turut mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan kelak. 

Advertisement

Sumber: Instagram Ajak Shiro

Advertisement