Hiburan Viral

[VIDEO] Cubaan Ustaz Syamsul Debat Masuk MLM Menjadi, Buka Mulut Je Dah Lawak

Sudah bersiaran sehingga minggu ke-7 semalam, rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2019 yang diacarakan oleh Dato’ AC Mizal nampaknya terus menyajikan penonton dengan lawak-lawak menghiburkan. Menyaksikan kumpulan Smart tersingkir pada pusingan lalu, nampaknya semua kumpulan yang masih berjuang cuba memberikan persembahan terbaik dengan tema ‘moral’ demi meraih sokongan daripada para juri serta penyokong masing-masing.

BACA : [VIDEO] Ramai Luah Rasa Kurang Senang, Mamat Melawak Tapi Tak Kena Tempat?

Untung dapat berganding dengan Ustaz Syamsul Debat

Advertisement

Dalam 8 persembahan secara keseluruhan, sketsa yang dilakonkan oleh kumpulan Rare nampaknya berjaya mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, kali ini mereka seolah-olah merasai ‘rezeki terpijak’ apabila dapat bergandingan dengan pendakwah terkenal, Ustaz Syamsul Debat. Bagi yang sudah biasa mengikuti ceramah figura ini, pasti kalian tahu beliau sememangnya dikenali dengan pertuturan loghat Negeri Sembilan serta aura lawaknya tersendiri.

Saya bawa orang pergi umrah

Advertisement

Dengan konsep dakwah dalam berjenaka, pendakwah ini memegang watak sebagai anak muda manakala watak ustaz pula digalas oleh Ajak. Dari awal penceritaan, dia kononnya datang ke surau menemui ustaz berkenaan untuk menuntut ilmu agama. Sepanjang itu juga, mereka sempat mengambil peluang untuk menyelitkan ‘dialog panas’ isu kontroversi melibatkan seorang Da’i baru-baru ini. Walaupun kedengaran agak indirect, namun unsur sinikal yang cuba disampaikan nyatanya berjaya disambut dengan gelak tawa ramai. 

Walau dosa sebesar bangunan, keampunan Allah seluas lautan

Advertisement

Persembahan mereka turut dimeriahkan lagi dengan kemasukan Ilya yang berperanan sebagai penjual karpet berbangsa asing. Dalam nada-nada melucukan, persembahan itu bertambah lengkap apabila ditamatkan dengan pesanan deep daripada Ustaz Syamsul Debat sendiri.

Tengok dia ceramah pun lawak, ni kan masuk MLM

Advertisement

Jelasnya, penglibatan pendakwah terkenal itu memberikan impak pada warna persembahan kumpulan Rare. Bukan sahaja juri, malahan netizen sangat terhibur dengan lakonan lucu mereka semua. Bukan selalu kita boleh nampak Ustaz Syamsul Debat berlakon sketsa komedi macam ni kan?

 

Advertisement

Sumber : Youtube Knock Knock Maria

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram