Beria Buat Tarian Kepala Ular Di TikTok, Pemuda Tak Sedar Member Dah ‘Pedajal’

Mula dicipta pada tahun 2012, penggunaan aplikasi TikTok terus menjadi fenomena besar di serata dunia tanpa mengira lapisan umur. Saban hari, ada sahaja cabaran mahupun trend terbaru yang dicetuskan sebelum menjadi ikutan majoriti orang ramai di media sosial. Sejak kebelakangan ini juga, pengguna aplikasi berkenaan turut berpusu-pusu menghasilkan video ‘Snake Dance Challenge’ termasuklah anak-anak muda dari Malaysia.

BACA : [VIDEO] Cabar Kawan Untuk Hubungi Crush, Tak Sangka Orangnya Depan Mata Sendiri

Gerakkan kepala secara berselang-seli

Advertisement

Bagi membuat cabaran berkenaan, ia dilakukan secara berkumpulan sebelum setiap seorang daripada mereka duduk secara bertingkat. Kemudian, sebuah muzik rancak akan diperdengarkan dan orang yang berada pada posisi pertama akan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. Seiring dengan irama berkenaan, orang seterusnya pula menyambung menggerakkan kepala secara berselang-seli sehingga sampai kepada orang terakhir.

Rakan-rakan ada agenda lain

Advertisement

Namun bagi seorang pemuda Malaysia yang begitu gigih untuk menghasilkan video sama, dia tidak menduga bahawa rakan-rakannya merancang satu agenda lain. Rakaman video mereka dikongsikan menerusi Twitter individu bernama Jeff Seid dan sudah meraih lebih 20,000 jumlah retweet sejak semalam. Persis gaya video trending berkenaan, 6 sahabat ini mula duduk di tangga dan kelihatan bersedia membuat cabaran ‘snake head’ berkenaan.

Kesian member excited…Kena game rupanya

Sejurus muzik dimainkan, pemuda pertama yang juga dikenali dengan nama Hazwan begitu beria-ia menggerakkan kepalanya ke bahagian kiri dan kanan sambil melebarkan senyuman. Namun empat orang rakan di belakangnya hanya mendiamkan diri dan membiarkan dia membuat tarian secara bersendirian. Jika diperhatikan, mereka juga hampir gagal menahan ketawa selepas puas menyakat Hazwan sebelum lagu tamat dimainkan. Adegan berkenaan sekali gus menghiburkan netizen sehingga mereka sempat berseloroh di ruangan komen.

Advertisement

 

Sumber : Twitter Jeff Seid dan Talent Show

Advertisement

Advertisement