Tips

“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”

“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”
Rasaflix

Sharing is caring!

Soal pemakanan yang betul dan penjagaan tubuh badan secara keseluruhan sering menjadi antara perkara yang perlu dititik beratkan bagi menjamin kesihatan di tahap terbaik. Bagaimanapun, sering kali ramai orang tidak peka dengan perkara-perkara kecil dalam memastikan anggota badan berfungsi dengan elok. Salah satunya adalah penjagaan telinga di mana masyarakat sering beranggapan penggunaan pemutik kapas adalah baik untuk membuang kekotoran di dalamnya. 


BACA: Bukan Air Kosong Je, Rupanya Madu Pun Tak Boleh Diberikan Pada Bayi Baru Lahir

Ramai ingat ‘cotton bud’ bagus untuk bersihkan telinga

Tahukah anda penggunaan alat tersebut sebenarnya boleh membawa kesan yang buruk kepada telinga anda sendiri? Persoalan ini sebenarnya sudah sering kali dibahaskan namun masih ramai yang tidak menyedari akan kesannya. Terbaru seorang doktor yang sering aktif di laman Twitter, Dr Nimelesh tampil menjawab persoalan berkenaan. Pemuda tersebut menyatakan penggunaan cotton bud untuk membersihkan ‘tahi telinga’ dengan kerap boleh merosakkan gegendang telinga. 

“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”

‘Tahi telinga’  berfungsi menghalang kuman

Jelas doktor itu lagi, ‘tahi telinga’ sebenarnya berfungsi untuk melindungi anggota tersebut daripada jangkitan kuman. Cairan likat itu penting bagi menghalang kemasukan habuk-habuk kotor ke dalam telinga dan berfungsi seakan-akan perisai. 


“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”
Gambar Sekadar Hiasan

Gegendang telinga boleh pecah atau koyak

Menurut artikel Hello Sehat pula, kotoran yang terdapat dalam telinga akan ditolak dengan lebih ke dalam dan seterusnya tersekat betul-betul di hadapan gegendang telinga jika sering menggunakan pemutik kapas. Malah permukaan gegendang tersebut yang agak nipis dan sensitif  berpotensi untuk rosak atau koyak apabila disentuh dengan agak kasar menggunakan cotton bud. 


“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”
Gambar Sekadar Hiasan
“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: Twitter Dr Nimelesh & Hello Sehat 

 

 

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

“Jangan Korek Pakai Cotton Bud, Tahi Telinga Bagus Untuk Elak Jangkitan'”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram