Rezeki Keluarga Sempit & Terhalang, Puncanya Datang Dari Bilik Air Yang Kotor

Rezeki adalah salah satu pemberian Tuhan yang tidak ternilai. Namun tanpa adanya usaha, rezeki tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti ujian dan juga ganjaran tanpa kita ketahui. Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang sering individu terlepas pandang iaitu soal kebersihan tandas di mana turut berkait dengan punca penerimaan rezeki.

BACA: Usah Terlalu Berkira Dengan Anak Isteri, Kalau Mahu Tambah Rezeki

Bilik air kotor punca rezeki terhalang

Satu perkongsian mengenainya telah dimuat naik menerusi laman Facebook Pertubuhan MusIim Sejahtera. Jelasnya, bilik air adalah antara punca sesebuah rezeki itu terhalang. Terutamanya bagi yang memiliki tandas di dalam rumah dan bukannya terletak di luar. Bilik air yang kotor dan menjijikkan akan mengundang penempatan anasir-anasir lain seperti jin ataupun syaitan. 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Undang syaitan dan jin datang 

Sebagai seorang individu beragama Islam, adalah penting untuk memastikan tandas berada dalam keadaan yang bersih terutamanya di bahagian mangkuk tandas dan juga lantai. Toilet yang berada dalam keadaan kotor bakal menyaksikan makhluk-makhluk tersebut ‘bersuka ria’ tinggal di situ. Selain itu, biasakan diri untuk menutup pintu bilik air sesudah menggunakannya supaya sukar untuk ‘mereka’ keluar masuk dengan begitu senang. 

Gambar Sekadar Hiasan

Rajin-rajinkanlah diri bersihkan tandas

Kehadiran syaitan dan jin ini boleh membawa keruntuhan dalam rumah tangga dari segi kasih sayang yang juga merupakan satu rezeki daripada Allah S.W.T. Anak-anak akan mula bertukar biadap dengan ibu bapa, suami isteri pula akan bergaduh antara satu sama lain. Oleh sebab itu, sebaiknya rajin-rajinkanlah diri untuk sentiasa membersihkan ruangan tandas di rumah supaya ruang rezeki dapat terbuka luas. 

Advertisement
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Pertubuhan MusIim Sejahtera

Advertisement