Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

14th January 2020
in Viral
Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi meraih pendapatan yang lebih berlipat kali ganda dalam pekerjaan, ramai anak muda cenderung untuk menetap di luar negara. Seperti salah seorang pemuda bernama Ridzwan Mahazan ini, dia sudah menamatkan pengajian di negara Jepun sekitar 2018 seterusnya berjaya mendapat kerjaya tetap di sana. Duduk berjauhan pastinya membuatkan hati begitu merindui keluarga di Malaysia. Namun dia sangat beruntung kerana baru-baru ini, ibu bapanya sanggup terbang ke negara matahari terbit itu untuk menziarahinya.

BACA : [VIDEO] Buat Surprise Balik Cuti Sem, Tak Sangka Hampir Dihempuk Tudung Saji

Mak datang Jepun, pagi petang siang malam masak

Melihat kepada Twitternya, dia ada berkongsikan sebuah rakaman berdurasi 11 saat sewaktu ibunya baru sahaja menghidangkan lauk ikan bakar serta sayur campur kepadanya. Walaupun ia pendek sahaja, namun siapa menduga perkongsian itu sudah pun meraih ribuan retweet daripada netizen. Apa yang menariknya, pemuda itu benar-benar teruja sewaktu mengaut isi ikan sebelum diletakkan dalam pinggannya sendiri. 

Mak aku datang Jepun ni, pagi petang siang malam masak.

Kalau lepas ni nampak aku gemuk, mind your own business 😭👆🏻 pic.twitter.com/S5V6P7wc9v

— ridzBORED (@RidzwanMahazan) January 13, 2020

Mak ayah aku suruh amik dulu…Diaorang nak rakam

Selain itu juga, si ayah juga sudah siap bersila di sisi untuk mengambil lauknya. Mungkin ada yang bakal mempersoalkan mengapa Ridzwan tidak memberikan lauk kepada ayah atau ibunya terlebih dahulu kan? Jelas pemuda ini, mereka mahu merakam detik keterujaan anak menjamah makanan selepas lama hidup berkelana di negara orang. 

Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

Senyuman ayah sampai ke telinga…Bahagia sungguh

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui terliur kerana masakan ibu Ridzwan kelihatan menyelerakan sekali. Selain itu juga, pandangan mereka tertumpu kepada wajah bahagia si ayah apabila melihat anaknya yang tidak sabar menjamu lauk berkenaan. 

Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

 

Sumber : Twitter Ridzwan Mahazan

Tags: ayahbelajarikanjepunlaukluar negaramasak
Next Post
Sanggup Ziarah Sampai Ke Jepun, Ayah Tersenyum Bahagia Tengok Anak Cedok Lauk

"Allah Tarik Nikmat Sihat"-Wanita Dedah 5 Hari Mengerikan Terkena Influenza A

Popcorn Karamel Rangup & Manis Sepenuhnya!
vivo V50 5G: Potret Profesional & Bateri Tahan Lama!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)