“Allah Tarik Nikmat Sihat”-Wanita Dedah 5 Hari Mengerikan Terkena Influenza A

Sebaran wabak Influenza A sejak akhir-akhir ternyata menakutkan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi buat golongan ibu bapa. Mana tidaknya, sehingga hari ini banyak laporan melibatkan kanak-kanak yang kehilangan nyawa selepas jangkitan berisiko itu menyerang kesihatan mereka. Meskipun begitu, golongan dewasa juga tidak harus memandang ringan virus ini kerana ia boleh juga menjangkiti anda semua. Bahkan seorang wanita bernama Anizon Hussin sempat berkongsikan pengalaman ngeri apabila menghidap wabak itu.

BACA : Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Selsema tiba-tiba

Seperti berita yang dihebahkan oleh pihak KKM sebelum ini, dia juga mengalami simptom awal iaitu tiba-tiba terkena selsema teruk sehingga air hidungnya tidak berhenti mengalir. Namun begitu, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana kesihatannya tidak beransur pulih meskipun sudah menelan ubat. Semuanya seakan terjawab apabila dia memeriksa maklumat mengenai virus Influenza A dan semua petanda sudah jelas terbukti. Tidak kuat untuk bertahan lagi, akhirnya dia nekad mendapatkan rawatan susulan di pusat kesihatan.

Advertisement

Allah tarik nikmat sihat…Jaga diri semua

Enggan ahli keluarga lain menerima jangkitan sama, wanita ini menguatkan diri untuk menguruskan segala keperluan di pusat rawatan secara sendiri. Wabak itu juga mengganggu kesihatannya sehingga melemahkan tenaga diri sekali gus hilang menghilangkan selera makan. Sepanjang rawatan juga, dia mengalami pening yang teruk dan hanya Allah sahaja tempatnya berdoa agar sembuh semula. Di hujung perkongsian, Anizon bersyukur kerana dia beransur pulih dan sempat menyifatkan jangkitan virus tersebut ia sebagai pengalaman ngeri dalam hidupnya.

Advertisement

Advertisement

Sumber : Facebook Anizon Hussin

Advertisement