Utama Gaya Hidup "Baru Tadi Sedekah Kat Orang, Malam Ni Kira2 Duit Dah Cukup Beli...

“Baru Tadi Sedekah Kat Orang, Malam Ni Kira2 Duit Dah Cukup Beli Kamera RM7K..”

Setiap daripada manusia memasang impian yang berbeza. Impian ini jika tidak disertai dengan suatu tindakan yang kuat maka impian itu hanya berakhir sebagai ‘angan-angan mat jenin’. Namun, kadang-kadang disebabkan keinginan kita yang melampau pada sesuatu, kita lupa mereka yang lebih memerIukan daripada kita. Walau bagaimanapun, tidak bagi seorang wanita ini. Dia berjaya mendapatkan kamera idamannya dengan cara yang amat mulia disertai dengan usaha yang berterusan. 

BACA: [FOTO] Teruja Anak Masuk Universiti, Moment Parents Angkut Barang Bikin Sebak

Ketika ditemu bual, seorang wanita ini atau nama penuhnya Azyan Syazwani Rozik memberitahu dia berasa begitu sebak apabila impiannya untuk membeli kamera yang berharga sehingga RM7,000 itu tercapai. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan satu moment paling berharga sehari sebelum dia membeli kamera tersebut.

Sehari sebelum, saya baru je bersedekah. Masa itu saya tak fikir apa-apa, hanya menyerahkan segala urusan kepada Allah. Saya percaya lebih banyak kita memberi, Allah pasti menolong kita. Mungkin kebetulan, malam yang sama saya kira-kira duit tiba-tiba dah cukup untuk beli kamera impian. 

Ternyata, begitu besarnya kuasa bersedekah kerana dia sendiri tidak menyangka perbuatannya itu menjadi salah satu memori yang menghubungkannya dengan kamera yang diidamkan selama ini. 




Dalam pada itu, dia yang begitu teruja sempat berjumpa kembali dengan orang tersebut sekadar untuk menceritakan kegembiraannya. Namun, respon balas individu itu betul-betul menusuk hatinya. Biarpun nilainya kecil, namun Tuhan telah membalasnya berlipat kali ganda. 

Tengok.. Hari itu, awak bagi saya RM3.. Allah balas awak berlipat kali ganda

Kumpul duit sedikit demi sedikit

Mengimbas kembali kejayaannya, dia memberitahu telah mengumpul duit selama hampir setahun dengan hasil titik peluhnya sendiri untuk membeli kamera tersebut. Tambahan lagi, dia telah membuat kerja sambilan sebagai jurufoto sejak zaman belajar lagi sehinggalah menjadikan itu kerjaya sepenuh masa. Biarpun sekarang dia mempunyai kerjaya baru sebagai pendidik, kerjaya dalam bidang fotografi akan diteruskan seperti biasa.

Saya baru je posting sebagai guru. Sebelum ini, saya merupakan seorang jurufoto. Dari zaman belajar lagi dah buat part time, sampai timbul minat untuk jadi jurufoto sepenuh masa. Dengan duit hasil tangkap gambar orang itulah saya kumpul duit sedikit demi sedikit. 




Sumber: Instagram azyn

Artikel Popular