Utama Artis Program Sendiri Pun Orang Luar Boleh Menang? Ini Ulasan Padu DS Siti...

Program Sendiri Pun Orang Luar Boleh Menang? Ini Ulasan Padu DS Siti Nurhaliza

Meskipun telah keputusan telah diumumkan pada malam tadi, namun bahang fenomena pertandingan realiti ‘Big Stage‘ musim ke-2 nyata masih belum reda lagi. Biarpun dicabar hebat oleh 3 artis tempatan dan seorang wakil Indonesia, namun kebolehan Han Byul yang konsisten dan sering membuat kejutan sepanjang pertandingan nyata membuahkan hasil apabila dinobatkan juara pertandingan itu. Naib juara pula disandang oleh Neeta dengan jarak markah hanya 2 peratus, sambil turut diekori oleh Adzrin, Irfan Harris dan Dinda Permata.

BACA: Ini Senarai Penuh BBNU Big Stage 2019, Tapi Artis K-Pop Paling Curi Perhatian!




Pertandingan sendiri pun orang luar boleh menang..

Meskipun sudah dijangka bahawa peserta ‘favourite‘ berumur 29 ini muncul selaku juara program realiti terbabit, namun ada banyak suara sumbang yang tidak berpuas hati kerana kemenangan itu tidak diberikan kepada penyanyi tempatan. Malah sesetengah pihak turut menyatakan paras rupa kacak yang dimiliki penyanyi itu sebagai ‘tiket’ untuk mencuri hati peminat.




Buat apa undang negara lain kalau nak juga peserta kita menang?




Namun begitu, juri tetap ‘Big Stage‘ iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza menafikan dakwaan bahawa ada unsur mengutamakan artis luar negara kerana pertandingan ini hanya menilai bakat yang dimiliki oleh setiap peserta. Malah dia turut mempersoalkan status persaingan melibatkan beberapa peserta antarabangsa jika pemenangnya nanti sudah pasti milik artis tempatan.




Tak ada masalah siapa yang nak jadi juara…meskipun orang luar

Ujarnya, platform sebegini adalah mustahak buat semua peserta selaku medan untuk para artis BBNU untuk menimba ilmu dan bersaing secara sihat. Malah beliau turut berkongsi pengalaman bergelar juara di pertandingan yang lebih kurang sama di luar negara pada suatu masa dahulu juga bergantung atas bakat semata-mata.




Saya bangga dengan kesungguhan Han Byul




Menjengah ke laman Instagram Astro Gempak pula, beliau mendedahkan alasan tersendiri untuk memberikan markah tinggi terhadap peserta tunggal Korea Selatan terbabit. Dalam pada itu, penyanyi nombor 1 Malaysia itu turut berterima kasih dan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menjadi juri utama pertandingan itu bersama 2 lagi artis terkenal Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, malam ini berakhirnya Big Stage 2019. 8 minggu pada setiap hari Ahad, saya menjadi juri tetap, sebagai manusia biasa, saya mohon maaf jika ada yang tidak disenangi, tidak berkenan dan sebagainya tetapi saya menilai adik-adik saya daripada sudut pandangan dan penilaian saya, di atas penghayatan dan pengalaman saya. Semoga perjalanan seni adik-adik saya terus berjaya di dalam kerjaya mereka serta diuruskan dengan baik, mencari ruang dan peluang terbaik di dalam industri. Terima kasih kepada Astro kerana memberikan saya kepercayaan menjadi juri tetap dan kerjasama yang kalian berikan saya hargai. Terima kasih rakan juri saya, @jud1ka dan @cakra.khan . . @epie_temerloh @rizmanruzaini @galeriariani Tekstil: @jakeltextile Foto: @kakifoto_ Deko: @lenteracreativehome

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber: mStar, IG astrogempak & ctdk




Artikel Popular