Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note

12th December 2019
in Inspirasi
Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bila bercakap pasal majlis perkahwinan, banyak perkara yang perlu bakal pengantin ambil tahu dan uruskan. Kalau tidak disusun dengan betul, mungkin akan ada yang terlepas dari pandangan. Selain dari pelamin, katering, kad kahwin dan juga jemputan, hantaran juga antara perkara yang terpenting bagi memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan tiada masalah.

BACA: Dikecam Ambil Foto Buruk Guna Phone, Ini Tips Jurufoto Buat Pengantin Tetamu

Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note

Tentukan bajet hantaran

Sebagai permulaan, bakal pengantin seeloknya menentukan bajet yang tertentu bagi membeli hantaran. Ini untuk mengelakkan penggunaan yang berlebihan sewaktu berbelanja. Tidak perlu hantaran yang berlebihan, cukuplah sekadar ikut syarat. Adalah lebih baik juga sekiranya anda dapat mengasingkan bajet hantaran kepada beberapa kategori iaitu untuk dulang, gubahan dulang dan barangan hantaran itu sendiri.

Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note
Gambar Sekadar Hiasan

Berapa jumlah dulang

Selepas menentukan bajet bagi hantaran, tentukan pula jumlah dulang yang hendak disediakan. Berapa dibalas berapa. Mengikut adat Melayu dari dulu, jumlah bilangan dulang adalah bersifatkan nombor ganjil. Jika pengantin perempuan menetapkan 7 dulang, kebiasaannya pihak lelaki akan membalas dengan 5 dulang. Semua ini terserah kepada kedua-dua belah pihak dalam menentukan jumlah dulang yang terlibat.

Sesuaikan dengan warna dan tema majlis

Jika bakal pengantin sudah menetapkan warna serta tema majlis, hantaran juga perlulah seirama dengannya. Elakkan memilih barang hantaran yang terlampau kontra dengan tema majlis. Contohnya, jika anda mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan Inggeris, adalah tidak sesuai untuk menghias hantaran menggunakan konsep tradisional Melayu. 

Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note
Gambar Sekadar Hiasan
Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note
Gambar Sekadar Hiasan

Barang adat mestilah tidak dilupakan

Apa itu barang adat? Barang adat adalah seperti sirih junjung, bunga rampai, Al-Quran, sejadah, serta telekung solat yang sudah sentiasa menjadi adat orang melayu. Lebih-lebih lagi jika mengadakan konsep perkahwinan bertemakan Melayu tradisional. Barulah manis untuk dilihat.

 

Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note
Gambar Sekadar Hiasan

Grab peluang waktu jualan murah

Selain daripada barang adat, selalunya bakal pengantin suka menyediakan set wangian badan, handbag, atau kasut berjenama. Tips yang terbaik adalah beli barangan berkenaan sewaktu jualan murah sama ada jualan murah akhir tahun, jualan sempena hari raya ataupun sewaktu Tahun Baru Cina. Anda berpeluang mendapatkan sesetengah barang tersebut dengan diskaun yang sangat menarik di samping boleh save budget.

Sumber: Twitter Awan Tona 

Tags: bajethantaranjimatkahwin
Next Post
Pening Nak Pilih Hantaran? 5 Tips Bakal Pengantin Mesti Take Note

Pernah Depress Setahun, Wanita Dedah Detik Terakhir Ibu Sebelum Pergi Selamanya

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)