Utama Artis “Pregnant? Seriuslah"–Elfira Throwback Kejutan Hamil, Reaksi Faris Comel Habis!

“Pregnant? Seriuslah”–Elfira Throwback Kejutan Hamil, Reaksi Faris Comel Habis!

Pada 1 Oktober lalu, selebriti Elfira Loy atau lebih mesra disapa El selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf seberat 3.68 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta. Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh El di laman Instagram miliknya. Terbaru, aktres berusia 25 tahun ini berkongsi pula video saat memberi kejutan hamil kepada suaminya iaitu Faris Anuar.

BACA : “Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

Hari saya buat kejutan pada suami tentang kehamilan yang saya tidak pasti..

Dalam video yang dimuat naik itu, El merakamkan gelagat suaminya berdiri di sebelah kotak besar dihiasi dengan beberapa belon sebelum meminta untuk membukanya.

View this post on Instagram

The day when i surprised my husband with the pregnancy news that i am not even sure HAHA.




A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Dah bersedia nak tukar lampin, daddy?

Ketika Faris membuka kotak tersebut, tertera tulisan berbentuk pertanyaan sama ada dia sudah bersedia atau belum untuk menukar lampin bayi. Sebaik membacanya, lelaki tersebut tergelak sambil tangannya mengambil kotak kecil dan membukanya.

Pregnant? Seriuslah!

Sejurus mengetahui akan isi kotak berkenaan, Faris kelihatan terkejut sambil bertanyakan pada El tentang kebenaran apa yang ditunjukkan itu sebelum menghampiri isterinya.




Reaksi dia priceless! Dia boleh gelak masa baca ayat tu

Reaksi comel yang ditunjukkan oleh Faris itu ternyata telah mencuri tumpuan para netizen. Rata-rata mereka membanjiri ruangan komen di posting tersebut sambil menyatakan terhibur melihat gelagat comel bapa baru ini.

Sumber : IG Elfira Loy

Artikel Popular