Artis Hiburan

“Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

“Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

Sharing is caring!

Semalam, selebriti Elfira Loy atau lebih mesra disapa El selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan swasta. Pengumuman itu dibuat menerusi satu video boomerang yang menampilkan suaminya di Instagram, namun jantina serta nama bayi tersebut masih belum didedahkan. Terbaru, aktres berusia 25 tahun ini telah memuat naik foto anaknya untuk dikongsikan kepada para peminat.

BACA : “Kerja Asyik Nak Mengadu Je” – Prank Ngidam Telan Sabun, Elfira Cuit Hati Ramai

Macam tak percaya..terima kasih Allah

Menurut kapsyen yang ditulis, nama bayi lelakinya adalah Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris dengan berat 3.68 kilogram. Jelas El lagi, dia telah bersalin secara normal pada jam 5.40 petang semalam.


Setiap minit dalam bilik bersalin, setiap keperitan, setiap detik yang saya lalui terimbas balik. Terima kasih Allah, keluarga, sahabat & semua yang mendoakan kami..

Malah bayi lelakinya juga berada dalam keadaan sihat. Dalam pada itu, El memberitahu bahawa dunianya terasa lengkap dan hatinya penuh dengan rasa cinta yang tidak berpenghujung.

“Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

El dan suaminya, Faris Anuar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari yang lalu. Sebelum ada desas-desus mengatakan bahawa dia hamil anak kembar memandangkan bentuk perutnya yang besar. Namun, segalanya sudah terjawab apabila dia selamat melahirkan Rayyan.


“Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

Sumber : IG Elfira Loy


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram